首页    期刊浏览 2024年10月07日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Medan Maklumat Dalam Kamus Ekabahasa Melayu
  • 本地全文:下载
  • 作者:Chong Oi Chin ; Chong Oi Chin ; Vijayaletchumy a/p Subramaniam
  • 期刊名称:Procedia - Social and Behavioral Sciences
  • 印刷版ISSN:1877-0428
  • 出版年度:2014
  • 卷号:134
  • 页码:249-258
  • DOI:10.1016/j.sbspro.2014.04.246
  • 语种:English
  • 出版社:Elsevier
  • 摘要:AbstrakKajian bidang leksikografi ini menyelidik perbandingan medan maklumat antara dua buah kamus ekabahasa Melayu, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat. Medan maklumat ialah istilah yang merujuk kepada jenis-jenis maklumat daripada sesebuah kamus yang boleh didapati oleh pengguna seperti ejaan, sebutan, makna, tatabahasa, etimologi, penggunaan kata, silang kata dan sebagainya yang penting oleh para penyusun dan berguna untuk pengguna kamus berkenaan. Data kajian pula terdiri daripada 1080 entri yang dipilih secara rawak mudah dan bersistematik. Kaedah kajian ialah kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Data dianalisis secara deskriptif asas. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti penggunaan medan maklumat dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia berdasarkan penggunaan prinsip-prinsip umum leksikografi. Pelbagai aspek yang terkandung dalam medan atau kategori maklumat dalam sesebuah kamus. Sebanyak enam aspek yang akan dibincangkan dalam kajian ini iaitu ejaan, penyusunan entri atau kata masukan, sebutan, penggunaan kata, etimologi, dan rujuk silang. Hasil kajian menunjukkan bahawa memang wujudnya perbezaan, persamaan dan kekurangan dalam medan maklumat kedua-dua buah kamus tersebut. Kelebihan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan medan maklumat dalam sesebuah kamus ekabahasa Melayu membantu pihak penyusun kamus menghasilkan sebuah kamus yang berwibawa. Kajian ini mendedahkan para pengguna khususnya para pendidik, pelajar dan ahli-ahli akademik tentang kepentingan medan maklumat dalam kamus yang perlu diketahui oleh pengguna sebelum memiliki sesebuah kamus yang “baik”. Secara tidak langsung memperkayakan pengetahuan dalam bahasa Melayu.
国家哲学社会科学文献中心版权所有