首页    期刊浏览 2024年11月23日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Analisis Kesalahan Pengunaan Bahasa Papan Tanda Perniagaan
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohammed Zin Nordin ; Mohammed Zin Nordin ; Mohd Taib Ariffin
  • 期刊名称:Procedia - Social and Behavioral Sciences
  • 印刷版ISSN:1877-0428
  • 出版年度:2014
  • 卷号:134
  • 页码:330-349
  • DOI:10.1016/j.sbspro.2014.04.256
  • 语种:English
  • 出版社:Elsevier
  • 摘要:AbstractPerkembangan ekonomi yang positif mendorong kepada kemunculan pelbagai jenis perniagaan. Bagi tujuan mempromosikan perniagaan, papan-papan tanda diletakkan di hadapan premis perniagaan supaya masyarakat dapat mengetahui produk yang diniagakan. Ini selari dengan dasar bahasa kebangsaan yang menyatakan fungsi bahasa kebangsaan ialah sebagai alat komunikasi dalam bentuk iklan, nama dan pengumuman sama ada dalam bentuk media elektronik mahupun media cetak. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi melihat kesalahan bahasa yang terdapat pada papan-papan tanda perniagaan di Pekan, Jitra, Kedah yang meliputi tujuh kategori perniagaan yang terdapat di pekan ini, iaitu kedai-kedai seperti kedai jahit, kedai makan (restoran), kedai runcit, kedai menjual besi dan elektrik, kedai ubat dan kedai pakaian. Kajian ini dijalankan secara kepustakaan dan tinjauan iaitu dengan mendapatkan maklumat-maklumat dan data mengenai kesalahan bahasa ini berdasarkan kajian-kajian lepas dan disesuaikan dengan kajian yang dijalankan di Pekan Jitra itu sendiri. Data yang diperoleh ialah jadual kesalahan bahasa pada papan tanda perniagaan yang telah dikaji. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti jenis kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda perniagaan, kesalahan bahasa yang paling tinggi dan kategori perniagaan yang mempunyai kesalahan bahasa tertinggi pada papan tanda perniagaannya. Antara aspek yang dilihat ialah kesalahan dari segi ejaan, kesalahan frasa dan kesalahan morfologi. Kesalahan bahasa pada papan tanda perniagaan di Pekan Jitra masih lagi berada pada tahap yang tinggi berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya kelemahan dalam penguasaan bahasa Melayu, sambil lewa dan tidak meletakkan kepentingan untuk memartabatkan bahasa Melayu.
  • 关键词:Analisis kesalahan;papan tanda perniagaan;morfologi.
国家哲学社会科学文献中心版权所有