摘要:AbstractKajian ini menyelidik konvensi leksikografi untuk dua buah kamus dwibahasa, iaitu bahawa kamus Milenium Baru Dwibahasa dan kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Kajian ini berfokus kepada objektif mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kamus dwibahasa tersebut dalam membantu penterjemah. Kerangka kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah berdasarkan kepada penggunaan prinsip-prinsip umum leksikografi dengan berpandukan ulasan Béjoint (1994). Beliau menyarankan tiga prinsip umum yang terdapat dalam metabahasa. Pertama, bahasa yang digunakan untuk memerikan kesemua butir leksikal bahasa objek yang dipilih sebagai entri kamus atau bahasa yang memperkatakan bahasa objek. Kedua, cara bahasa ini mempersembahkan maklumat linguistik dan luar linguistik bahasa objek ataupun cara memperkatakan bahasa objek. Ketiga, konvensi-konvensi leksikografi yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat ini. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kamus Milenium Baru Dwibahasa, kurang membantu penterjemah dalam menterjemahkan petikan teks bahasa Inggeris yang dijadikan data kajian jika dibandingkan dengan kamus Dwibahasa Oxford Fajar.