摘要:AbstrakKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi komunikasi yang digunakan dalam kalangan pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ketika melakukan aktiviti kebahasaan di dalam kelas. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis strategi komunikasi yang digunakan oleh responden di samping melihat persepsi mereka terhadap penggunaan bahasa Melayu sebagai medium perantaraan utama yang digunakan dalam sesuatu interaksi lisan yang dilakukan secara formal. Seramai 100 orang pelajar pelbagai kaum dari pelbagai tahun pengajian yang mengikuti program sarjana muda kejuruteraan di UniMAP dipilih. Instrumen kajian menggunakan borang kaji selidik yang mengandungi 30 item. Data dianalisis berasaskan deskriptif asas dengan melihat kepada kekerapan dan peratusan sahaja. Hasil kajian menunjukkan penggunaan strategi komunikasi dalam interaksi lisan yang terancang adalah tinggi khususnya apabila melibatkan interaksi yang formal. Dapatan kajian ini juga memberi implikasi terhadap teknik dan kaedah pengajaran bahasa dan komunikasi dalam usaha meningkatkan elemen kemahiran insaniah dalam diri pelajar.