摘要:AbstrakKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada penggunaan bahan visual dalam pengajaran penulisaan karangan dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian kuasi eksperimen ini dijalankan dengan menggunakan 46 orang pelajar di sebuah sekolah menengah di Daerah Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eskperimen yang diajar secara terancang, dan kumpulan kawalan yang diajar dengan menggunakan pendekatan konvensional. Dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan ujian-t. Daripada analisis yang telah dijalankan, hasil kajian menunjukan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min pencapaian keseluruhan penulisan karangan antara pelajar kumpulan eksperimen dan pelajar kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Min skor bagi pelajar kumpulan pasca eksperimen adalah lebih tinggi berbanding min skor kumpulan kawalan dalam ujian pasca.