标题:Kesan Modul Pendekatan Pemikiran Reka Bentuk Kelab STEM kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) (Impact of STEM Club Design Thinking Approach Module on Higher Order Thinking Skills (HOTS)
摘要:Proses pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) bukanlah berlaku secara hafalan semata-mata, sebaliknya memerlukan pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Menerusi Kelab STEM, murid-murid berpeluang meneroka subjek menggunakan kaedah saintifik dengan tujuan untuk memahaminya dengan lebih baik dan mencari jawapan kepada isu-isu yang ditimbulkan. Kajian eksperimen kuasi ini mengkaji keberkesanan Modul Pendekatan Pemikiran Reka Bentuk Kelab STEM kepada peningkatan dan pengekalan KBAT dalam kalangan 32 orang murid sekolah rendah. Kesan penggunaan modul diukur sebanyak tiga kali menggunakan ujian KBAT iaitu sebelum intervensi (ujian pra), selesai intervensi (ujian pos) dan selepas tiga bulan intervensi (ujian pos lanjutan). Data dianalisis menggunakan ujian ANOVA pengukuran berulang. Dapatan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra dan ujian pos, serta ujian pos dan ujian pos lanjutan; ini menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan modul ini memberi kesan yang signifikan ke atas peningkatan pencapaian dan pengekalan KBAT. Implikasinya, pengaplikasian modul ini dapat meningkatkan KBAT murid-murid dari segi kreativiti dan pemikiran inovatif melalui aktiviti secara ‘hands on’ dalam konteks kehidupan sebenar dan mencabar keupayaan pemikiran aras tinggi murid. Kajian ini mencadangkan modul ini diintegrasikan bersama dalam proses pembelajaran subjek-subjek STEM arus perdana agar dapat memenuhi aspirasi negara dalam melahirkan murid yang cemerlang dalam pencapaian akademik dan kokurikulum.
其他摘要:The process of learning Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) does not only require rote memorization, it requires the application of Higher Order Thinking Skills (HOTS). Through the STEM Club, students have the opportunity to explore subjects using scientific methods with the aim of understanding them better and finding answers to issues that arise. This quasi-experimental study examined the effectiveness of the STEM Club Design Thinking Approach Module towards the enhancement and retention of HOTS among 32 primary school students. The effect of module usage was measured three times using HOTS test, which was pre-intervention (pre-test), post-intervention (post-test) and three months after intervention (extended post-test). Data were analyzed using repeated measures ANOVA. The findings show significant differences between pre- and post-test scores, as well as post- and extended post-test scores; this indicates that this module significantly enhanced and improved the retention of HOTS. This implicates that the application of this module can enhance students’ productivity in terms of creativity and innovative thinking through hands-on activities in real-life contexts and challenge students' higher-level thinking ability. This study suggests that this module is integrated into the learning process of mainstream STEM subjects in order to meet the national aspirations of producing outstanding students in academic as well as co-curriculum.
关键词:Integrasi STEM;Keberkesanan modul pembelajaran;Pendekatan Pemikiran Reka Bentuk;Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
其他关键词:STEM integration;Learning module effectiveness;Design thinking approach;Higher Order Thinking Skills