期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2019
卷号:15
期号:2
语种:Malay (macrolanguage)
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Taraf ekonomi yang semakin meningkat dan peningkatan jumlah penduduk menjadi antara faktor pendorong kepada peningkatan jumlah sisa pepejal di sesuatu kawasan. Lambakan ini secara umumnya akan memberi ke atas alam sekitar, terutamanya di kawasan bandar dan petempatan penduduk. Situasi semasa menunjukkan isu penjanaan dan komposisi sisa pepejal semakin membimbangkan, terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti komposisi sisa di kawasan perumahan dengan menggunakan pendekatan yang digunakan dalam Akta 672. Kaedah survei yang digunakan dalam kajian ini melibatkan sebanyak 100 orang responden kajian yang dipilih secara rawak daripada dua kawasan perumahan iaitu Taman Megah Jaya dan Kampong Rawa-Rawa. Kajian komposisi dilakukan melalui pengasingan dan penimbangan secara terus. Hasil kajian mendapati, wujud perbezaan jumlah sisa baki dan sisa kitar semula di kedua-dua kawasan. Walaupun perbezaan yang didapati tidak ketara, responden di kawasan perumahan kampung lebih cenderung untuk melakukan pengasingan sisa boleh kitar berbanding mereka yang tinggal di kawasan perumahan taman. Faktor kewangan diandaikan sebagai pendorong utama untuk mereka melakukan pengasingan dengan sebahagian besar daripada mereka menjual sisa kitar semula yang dikumpul. Oleh itu, aktiviti ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak dengan mengadakan usaha sama agar sisa kitar semula dapat diguna semula oleh pihak industri.
其他摘要:Improving economic growth and rising population are among the driving factors for the increase in the amount of solid waste. The raise in solid waste generally affects the environment especially in urban and residential areas. The current situation shows the issue of solid waste generation and composition is getting more serious especially, in developing countries like Malaysia. The purpose of this study is to identify the waste composition in the housing area by using the method suggested in the Solid Waste Management and Public Cleansing Act (Act 672). Survey method was used in this study with 100 respondents randomly selected from two housing area namely Taman Megah Jaya and Kampong Rawa-Rawa. The waste composition study was conducted on all respondents by direct separation and weighing. The findings show that there is a difference in the amount of residual waste and recyclable waste in both areas. Although the difference is not significant, respondents in the village housing area are more likely to separate their recyclable waste than respondents living in terraced housing areas. Financial factors are assumed to be the main drivers for respondents to carry out separation with most of them selling the collected waste. Therefore, separation activities need to be taken seriously by all parties by establishing joint ventures in collecting recyclable wastes so that it can be reused by the industry.