首页    期刊浏览 2024年11月27日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Transformasi persekitaran sekolah melalui permuafakatan sekolah dan komuniti luar bandar
  • 本地全文:下载
  • 作者:Christina Andin ; Abdul Said Ambotang ; Yusri Kamin
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2019
  • 卷号:15
  • 期号:2
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Sekolah luar bandar yang terletak di kawasan pedalaman sering dikaitkan dengan kemunduran pendidikan disebabkan pelbagai kekurangan kemudahan. Namun, di sebalik kekurangan tersebut, sekolah luar bandar boleh berjaya melaksanakan tranformasi sekolah melalui permuafakatan antara sekolah dan komuniti. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi, impak dan faktor kejayaan program transformasi persekitaran sekolah melalui konsep permuafakatan antara sekolah dan komuniti. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes di sebuah sekolah pedalaman Sabah. Data diperoleh melalui dokumentasi, pemerhatian dan temu bual dengan guru besar dan empat orang guru. Temu bual berkelompok juga dilaksanakan iaitu melibatkan lima orang ahli komuniti dan lima orang murid. Hasil kajian menunjukkan aktiviti mendekati komuniti, serta pelaksanaan yang sistematik merupakan dua strategi menyumbang kepada kejayaan program. Impak utama program termasuklah keceriaan persekitaran sekolah, mengeratkan perhubugan antara sekolah dan komuniti dan meningkatkan minat murid hadir ke sekolah. Faktor utama yang menyokong kejayaan permuafakatan sekolah dan komuniti ini adalah kepimpinan guru besar. Latar belakang kepimpinan sekolah terutamanya guru besar perlu dipertimbangkan untuk bertugas ke kawasan pendalaman yang masyarakatnya mempunyai budaya tersendiri. Jalinan kerjasama erat antara sekolah dan komuniti mampu membawa perubahan kepada pembangunan sekolah luar bandar.
  • 其他摘要:The rural school which is located in a remote area is often associated with the poor quality of education due to the lack of facilities. Despite all the disadvantages, the rural school transformation could be achieved through the strong collaboration between school and community. Therefore, this study was conducted to to identify the strategies, impact and success factors of the school and community partnership programme. This study is based on a qualitative design with a case study approach at one rural school in Sabah. The data collection involved the documentation, observation, and in-depth interview with headmaster and four teachers. Group interview involved five community members and five students. The finding of this study showed that building a good relationship with the community and systematic implementations are two important strategies for successful partnership programme. The main impacts of the programme include attractive school environment, strengthen the relationship between school and community, and enhance the students’ interest in attending school. The main factor that supports the success of the partnership initiative is the headmaster's leadership. The background of the school leadership especially the headmaster should be considered to work in the interior where the community has their own unique culture. The close collaboration between school and community can bring about changes to the development of rural schools.
  • 关键词:komuniti;luar bandar;permuafakatan;persekitaran;sekolah;transformasi
  • 其他关键词:community##rural##partnership##environment##school##transformation
国家哲学社会科学文献中心版权所有