首页    期刊浏览 2024年09月20日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kaedah tradisional dalam penghasilan beras oleh etnik Rungus
  • 本地全文:下载
  • 作者:Johan Johnes ; Rosmiza M.Z. ; Jabil Mapjabil
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2019
  • 卷号:15
  • 期号:3
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pertanian secara konvensional yang bercirikan kaedah tradisional amalan daripada nenek moyang sehingga kini masih diamalkan dan menggambarkan kearifan tempatan komuniti orang asal di beberapa daerah di Sabah. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti kaedah tradisional yang digunakan oleh etnik Rungus dalam penghasilan beras di daerah Pitas, Sabah. Selain itu, kajian turut meneliti elemen kearifan tempatan yang dimiliki oleh etnik Rungus dalam penghasilan beras di daerah ini. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian yang ditafsir menggunakan transkrip verbatim dan analisis deskriptif. Hasil kajian yang diperoleh adalah berkaitan kaedah penghasilan beras secara tradisional dalam etnik Rungus di Kampung Kibulu, Pitas. Antara proses secara berperingkat tersebut adalah proses mongogis/mongulok, mongogoui/monidang, proses monutu/mongogiling, mangatap dan moniri. Antara ilmu kearifan tempatan yang menarik dalam penghasilan beras oleh kumpulan etnik ini adalah berkenaan penggunaan alat dan kaedah pertanian yang unik dan mempunyai ciri tersendiri seperti penggunaan linggaman dalam proses menuai padi serta kaedah mengasingkan padi daripada sekam padi yang begitu unik dengan menggunakan bahan-bahan terpakai. Ilmu kearifan tempatan yang digunakan dalam penghasilan beras dalam etnik Rungus di kawasan kajian amat berguna sebagai ilmu pertanian manual sekiranya penggunaan teknologi seperti kilang padi mengalami kerosakan ataupun tidak beroperasi. Kajian ini juga dapat membantu dalam mengekalkan warisan kaedah tradisional penghasilan beras oleh etnik Rungus supaya dapat dipelajari oleh generasi akan datang.
  • 其他摘要:Conventional agriculture characterized by the traditional methods of their ancestors, which reflects the local knowledge of the indigenous peoples, is still practiced in several districts in Sabah. The main purpose of this study was to identify the traditional methods used by the Rungus ethnic in rice production in the Pitas district of Sabah. Besides, the study also examines the element of local knowledge owned by the Rungus ethnic in producing rice in this area. The research method used in this study was a qualitative method using interview and interpretation observation using verbatim transcript and descriptive analysis. The results of the study were about traditional rice production methods in the Rungus ethnic in Kampung Kibulu, Pitas. Among the stages in the rice production are the process of mongogis/mongulok, mongogoui/monidang, process of monutu/mongogiling, mangatap and moniri. Among the interesting local knowledge of rice production by the ethnic is the use of unique tools and methods of farming and has its own characteristics such as the use of linggaman in the process of paddy harvesting and the unique method of separating rice from the rice husk by using re-used materials. The local knowledge applied in rice production in the Rungus ethnic in the study area is a useful manual agricultural knowledge, in the event if the use of technology such as rice mills were damaged or inoperable. Finally, this study helps in preserving the traditional methods of rice production by the Rungus ethnic and to be shared with and learned by future generations.
  • 关键词:etnik Rungus;kaedah tradisional;kearifan tempatan;komuniti orang asal;penghasilan beras;pertanian
  • 其他关键词:Rungus ethnic##traditional methods##local knowledge##indigenous peoples##rice production##agriculture##Pitas##Sabah
国家哲学社会科学文献中心版权所有