首页    期刊浏览 2024年09月15日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kesedaran komuniti terhadap isu pencemaran sungai di Sungai Pinang, Pulau Pinang
  • 本地全文:下载
  • 作者:Nur Syuhada Mustakim ; Muhammad Wafi Ramli ; Chan Ngai Weng
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2019
  • 卷号:15
  • 期号:3
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Isu alam sekitar bukanlah merupakan suatu perkara yang asing lagi di negara ini terutamanya isu yang melibatkan pencemaran sungai. Pencemaran sungai akan menjejaskan sumber makanan, aktiviti ekonomi, keadaan kesihatan, dan sebagainya dalam kehidupan manusia. Objektif kajian ini ialah untuk membincangkan kesedaran komuniti dalam berhadapan dengan isu pencemaran Sungai Pinang dengan menggunakan indikator pengetahuan, kesan, dan tindakan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik dengan melibatkan seramai 100 responden komuniti yang tinggal di kawasan Sungai Pinang. Para responden telah dipilih secara rawak mudah untuk terlibat dalam proses pengumpulan data. Dapatan data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 22.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa secara dominannya, sumber pengetahuan komuniti mengenai pencemaran Sungai Pinang ialah berdasarkan pemerhatian mereka sendiri, manakala pengetahuan mereka mengenai punca pencemaran Sungai Pinang yang dominan ialah hasil daripada aktiviti pembuangan sampah sarap. Bagi kesan pencemaran Sungai Pinang yang dominan ialah udara berbau busuk dan persekitaran kotor. Bagi tindakan mereka yang dominan terhadap pencemaran Sungai Pinang pula ialah memastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa ditutup dan memasang jaring keselamatan di halaman rumah. Kajian ini berpotensi dalam memberi gambaran dan kefahaman kepada masyarakat untuk berdepan dengan isu pencemaran sungai. Di samping itu juga, diharap kajian ini berupaya untuk menjadi rujukan penting kepada pihak berwajib dalam merangka strategi dan intervensi yang holistik demi kesejahteraan hidup komuniti dan alam sekitar.
  • 其他摘要:Environmental issues are not peculiar in this country, especially issues involving river pollution. River pollution will affect food sources, economic activities, health conditions, as well as many other important aspects in human life. The objective of this study is to discuss the awareness of the community in dealing with the issue of Sungai Pinang pollution by using indicators of knowledge, effect, and action. This study uses quantitative methods through a questionnaire involving 100 community respondents who live in the Sungai Pinang area. Respondents involved were randomly selected in the data collection process. Data was analyzed using Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 22.0 to obtain frequency and percentage values. The findings show that the community’s dominant source knowledge on Sungai Pinang pollution is based on their own observations, while their dominant knowledge of factor contributes to Sungai Pinang pollution is the result of garbage disposal activity. Whereas, the dominant effects of Sungai Pinang pollution are foul air and dirty environment. As for their dominant action against Sungai Pinang pollution is to ensure that the doors and windows of the house are always closed and the safety net is placed in the yard. This study has the potential in providing information and understanding to the community to deal with river pollution issues. In addition, it is hoped that this study will serve as an important reference to the authorities in formulating holistic strategies and interventions for human and environment well-being.
  • 关键词:kesan;kesedaran komuniti;pencemaran sungai;pengetahuan;Sungai Pinang;tindakan
  • 其他关键词:effect##community awareness##river pollution##knowledge##Sungai Pinang##action
国家哲学社会科学文献中心版权所有