首页    期刊浏览 2024年09月20日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pengetahuan agropreneur terhadap potensi sisa substrat cendawan dan kaedah pengurusan lepas tuai tanaman cendawan
  • 本地全文:下载
  • 作者:Rosmiza M.Z. ; Juliana Mah Hussin ; Mimi Halida Ghazali
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2019
  • 卷号:15
  • 期号:3
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Konsep pembangunan pertanian mampan memberi keutamaan terhadap pertimbangan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan keperluan sosial dalam proses pengeluaran hasil tani. Proses ini melibatkan pengurusan tanaman sehinggalah lepas tuai yang perlu diurus secara mesra alam. Merujuk kepada tanaman cendawan, ianya merupakan sejenis tanaman yang mesra alam kerana substrat pertumbuhannya terdiri daripada sisa pertanian lain, manakala sisa lepas tuai iaitu sisa substrat cendawan (SMS) boleh digunakan semula untuk pembangunan aktiviti huluan dan hiliran. Pengurusan tanaman secara tidak mesra alam memberi impak negatif terhadap persekitaran tani seperti pencemaran udara dan bau. Oleh itu, kajian dilakukan untuk menilai tahap pengetahuan agropreneur terhadap potensi penggunaan semula SMS dan kaedah pengurusan lepas tuai tanaman yang diamalkan. Gabungan kaedah kuantitatif (survei) dan kualitatif (temu bual) dijalankan ke atas agropreneur yang mengusahakan tanaman cendawan secara komersil di Kedah (36 agropreneur) dan Johor (42 agropreneur). Hasil kajian mendapati majoriti agropreneur mengetahui SMS boleh digunakan semula sebagai baja kompos, substrat semaian tanaman dan vermikompos. Namun begitu, kaedah pengurusan lepas tuai yang dipraktikkan oleh agropreneur adalah secara tidak mesra alam iaitu melonggokkan SMS dan sisa beg cendawan di tempat pembuangan yang terbuka dan tidak teratur ataupun dibakar secara terbuka. Hal ini menyebabkan berlakunya pencemaran ke atas persekitaran tani. Oleh itu, pendedahan terhadap konsep penjanaan kekayaan daripada sisa buangan dan perniagaan tani secara hijau perlu diterapkan kepada agropreneur melalui pembangunan aktiviti hiliran. Aktiviti ini berupaya meningkatkan pendapatan agropreneur melalui pengurangan kos pembelian input, penjanaan pendapatan sampingan serta pemeliharaan persekitaran tani melalui pengurusan tanaman cendawan secara mesra alam.
  • 其他摘要:The concept of sustainable agriculture development gives priority to environmental considerations, economic development and social needs in the process of crop production. This process involves crop management up until the post-harvest, which needs to be managed in an environmentally friendly way. In regards to mushroom cultivation, it is an environmentally friendly crop as its growth substrate comprises other agricultural wastes, while the post-harvest waste, which is the spent mushroom substrate (SMS) can be reused for the development of upstream and downstream activities. Environmentally unfriendly crop management has a negative impact on agricultural environment such as air and odour pollution. Therefore, a study has been conducted to assess the level of knowledge of agripreneurs on the potential of reusing SMS and the post-harvest management methods practiced by agripreneur. A combination of the quantitative (survey) and qualitative methods (interviews) was carried out on agripreneur who were working on mushroom cultivation commercially in Kedah (36 agripreneurs) and Johor (42 agripreneurs). Results showed that the majority of the agriprenuers knew that SMS could be reused as compost, plant seed substrate and vermicompost. However, the post-harvest management methods practiced by the agripreneur were environmentally unfriendly, which was done by piling up SMS and mushroom waste bags in an open and unorganized dumping area or burning it openly. This resulted in pollution of the agricultural environment. Therefore, exposure to the concept of waste-to-wealth and green agribusiness should be instilled upon agripreneur through the development of downstream activities. This activity is capable of raising the income of agripreneur by reducing the purchasing cost of inputs, generating side income and preserving the agricultural environment through environmentally friendly mushroom cultivation management.
  • 关键词:agropreneur;cendawan;mesra alam;pengurusan lepas tuai;persekitaran tani;sisa substrat cendawan
  • 其他关键词:agropreneur##mushroom##environmentally friendly##post-harvest management##farming environment##spent mushroom substrate
国家哲学社会科学文献中心版权所有