期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2019
卷号:15
期号:4
语种:Malay (macrolanguage)
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kemajuan teknologi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 amat dititikberatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Senario kini, mata pelajaran Geografi di Malaysia semakin terpinggir khususnya bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan minat pelajar terhadap mata pelajaran ini turut semakin berkurang. Justeru, penggunaan Geographic Information System (GIS) dalam PdPc Geografi dilihat sebagai satu wadah baharu dalam meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi di sekolah. Dalam kajian ini reka bentuk penyelidikan eksperimen tulen digunakan yang melibatkan Kumpulan Eksperimen (KE); dengan intervensi teknologi geospatial dan Kumpulan Kawalan (KK); dengan kaedah konvensional dalam PdPc digunakan. Kajian ini turut menguji keberkesanan penggunaan GIS berasaskan modul GIS-KBR dalam meningkatkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran Geografi. Hasil analisis ANCOVA satu hala pada aras signifikan .05 menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi pemboleh ubah minat. Hasil dapatan turut menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pasca antara kumpulan KE dan KK. Tuntasnya, hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan aktiviti GIS berasaskan modul GIS-KBR ini meningkatkan minat dalam kalangan pelajar Geografi berdasarkan pembuktian tahap minat kumpulan eksperimen yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan.
其他摘要:The 21st century technology advancement in Learning and Facilitation (L&F) is taken seriously by the Ministry of Education Malaysia (MOE) that is aligned with Malaysia’s Education Development Plan 2013-2025. Currently, the Geography subject in Malaysia are getting marginalized especially for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level and the students’ interest in these subjects is also dwindling. Ergo, the use of Geographic Information System (GIS) in Geography L&F is regarded as a new platform in boosting student interest in Geography subject in schools. For this particular study, true experimental research designs were implemented which involved Experimental Group (EG) with geospatial technology intervention and Control Group (CG); with conventional methods in L&F. This study also investigates the effectiveness of using GIS that is based on GIS modules in establishing students’ interest in Geography subject. The result of one-way ANCOVA analysis, which is at significant level of .05, reflects that there is a momentous difference in the post test score for interest variables. Also, there was a significant difference in the post intervention between the EG and CG groups. Consequentially, the results show that GIS activity that is based on GIS-STS modules implementation increases interest among the Geography students especially when referred to the proven higher level of experimental group interest rate in comparison to the control group.
关键词:geografi;GIS;modul GIS-KBR;minat pelajar;PdPc abab ke 21;teknologi geospatial
其他关键词:geography##GIS##module GIS-STS##student interest##21st century L&F##geospatial technology