首页    期刊浏览 2024年11月26日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Faktor-faktor penentu harga rumah dari perspektif pemaju perumahan
  • 本地全文:下载
  • 作者:Azima Abdul Manaf ; Goh Ie Zheng
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2019
  • 卷号:15
  • 期号:4
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Peningkatan harga rumah telah menjadi isu yang sangat serius di Malaysia. Peningkatan harga yang berterusan telah mengakibatkan ramai dalam kalangan pembeli tidak mampu untuk membeli rumah. Seringkali peningkatan harga ini dikaitkan dengan pengaruh faktor permintaan dan penawaran harga rumah. Pelbagai langkah telah diambil bagi mengekang kenaikan harga rumah dengan tujuan membolehkan pembeli memiliki rumah. Namun kenaikan harga seolah-olah tidak mampu dibendung. Persoalannya apakah faktor yang menjadi penentu perletakan harga rumah oleh pihak pemaju? Oleh itu, tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan faktor penentu yang digunakan oleh pihak pemaju dalam meletakkan harga rumah oleh syarikat pembinaan mereka. Sehubungan itu soal selidik telah diedarkan dalam kalangan 76 pemaju projek pembinaan di kawasan kajian. Maklumbalas daripada pemaju telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif dengan menggunapakai skor min bagi setiap faktor. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti faktor yang menjadi penentu kepada peletakan harga sesebuah unit kediaman oleh pihak pemaju. Faktor perletakan harga oleh pemaju perumahan telah dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Analisis dapatan kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadi faktor penentu perletakan harga rumah oleh pemaju di kawasan kajian. Bagi faktor dalaman, faktor jarak atau lokasi, persekitaran sosial, rekabentuk struktur rumah, spekulasi, status fizikal dan faktor keselamatan merupakan antara faktor yang digunakan oleh pemaju dalam menentukan harga sebuah unit yang dibina. Manakala bagi faktor luaran, didapati kadar pinjaman, penggunaan teknologi hijau, penggunaan mesra alam serta cukai perumahan telah mempengaruhi penentuan perletakan harga oleh pemaju. Bagi menangani masalah kenaikan harga yang berterusan, pelbagai langkah yang berkait dengan keperluan dan kemampuan pengguna perlu diambilkira dalam projek pembinaan perumahan.
  • 其他摘要:The increase in housing prices has become a serious issue in Malaysia. The continuous increase in house prices has resulted in many home buyers being unable to buy the house. Often the rise in prices is attributed to the influence of demand factor and house price offerings. Various measures have been taken to curb the price hike for the purpose of enabling the buyer to own a home. However, the price increase seems to be uncontained. The question is what factors determine the price of a house for a developer? In this regard, the purpose of this article is to discuss the determinant factors used by developers in determining the house price under construction by their company. Accordingly, the questionnaire was distributed among the 76 construction project developers in the study area. The developers' responses were analysed using the descriptive analysis using mean scores to identify the key factors which determine the pricing of a residential unit by the developer. The findings of the study indicate that there are several factors that determine the home prices by the developers in the study area. The pricing determinant factor by the developer can be divided into two main factors, namely the internal and external factors. The internal factors are influenced by distance or location factors, social environment, house structure design, speculation, physical status and safety factors. Whereas for external factors, it appears that lending rates, green technology use, eco-friendly use, and housing taxes have influenced the price determinant by the developers. To address the problem of ongoing price hikes, various steps related to consumer needs and capabilities need to be considered in a housing construction project.
  • 关键词:faktor dalaman;faktor luaran;harga rumah;pemaju;perspektif pemaju perumahan
  • 其他关键词:internal factors##external factors##house prices##developers##developer's perspectives
国家哲学社会科学文献中心版权所有