首页    期刊浏览 2024年10月07日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Variasi leksikal dialek Melayu di negeri Kedah: Kajian geolinguistik
  • 本地全文:下载
  • 作者:Fazal Mohamed Mohamed Sultan ; Amir Imran Jamil
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2019
  • 卷号:15
  • 期号:4
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Data linguistik sesebuah dialek boleh digabungkan dengan teknologi terkini iaitu teknologi Geographical Information System (GIS) untuk menghasilkan sebuah peta dialek. Hasil gabungan di antara data dialek dengan teknologi ini membolehkan satu gambaran sempadan dialek dilakarkan dengan lebih tepat. Justeru, teknologi Geographical Information System (GIS) ini diguna pakai dalam artikel ini untuk menghasilkan peta variasi dialek Melayu di Kedah. Kajian geolinguistik ini bermula dengan pengumpulan data leksikal yang dibuat menerusi kajian lapangan di 135 buah kampung di 11 mukim di negeri Kedah berdasarkan kaedah soal selidik dan rakaman. Seramai 892 responden yang terdiri daripada generasi tua dan muda disoal selidik. Kajian ini juga mengaplikasikan penggunaan teknologi yang berbantukan GIS iaitu ArcGIS dalam menjana peta penyebaran leksikal bagi dialek Melayu di negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa taburan bagi leksikal ‘punggung’ dan ‘kerbau’ sebenarnya mempunyai polanya yang tersendiri. Hal ini dapat dikukuhkan lagi dengan pembuktian GIS iaitu maklumat-maklumat geografi atau bentuk muka bumi seperti sungai, paya, gunung, bukit dan hutan boleh menjadi faktor penentu kepada penyebaran dialek Melayu di Kedah. Keadaan ini menunjukkan bahawa penyebaran leksikal bagi sesuatu dialek akan mudah tersebar sekiranya terdapat ruang (spatial) yang memudahkannya tersebar ke kawasan yang berhampiran. Hasilnya, satu pemetaan isoglos baru berjaya dipetakan bagi memperlihatkan variasi leksikal dialek Melayu di Kedah dengan tepat.
  • 其他摘要:The linguistic data of a dialect can be combined with the latest Geographical Information System (GIS) technology to produce a dialect map. The result of a combination between dialect data and technology enables a more accurate map of dialect boundaries. Hence, Geographical Information System (GIS) technology is used in this article to produce a map of Malay dialect variations in Kedah. This geolinguistics study starts off with the gathering of lexical data through field research that has been conducted in 135 villages in Kedah based on questionnaire and recording method. There are 892 respondents that are from the old and young generation. This study applies the use of technology with the assistance of GIS, which is ArcGIS, to generate the map of spreading lexical for Malay dialects in Kedah. The findings show that the lexical punggung” and “kerbau” have their own patterns. This has been strengthened and proven by GIS that showed this geographical information or the land form such as rivers, swamp, hills and forests can be the factors of spreading of Malay dialects in Kedah. This shows that the dialect can be spread easily if there is space (spatial) to make it easy to be spread to its surroundings. As a result, new isoglos mapping has been produced to show the variety of Malay dialect lexical in Kedah precisely. As a result, a new isoglos mapping was successfully mapped to show the lexical variants of the Malay dialect in Kedah accurately.
  • 关键词:dialek;geo-linguistik;GIS;isoglos;Kedah;variasi leksikal
  • 其他关键词:dialect##geo-linguistics##GIS##isoglos##Kedah##lexical variation
国家哲学社会科学文献中心版权所有