期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2019
卷号:15
期号:4
语种:Malay (macrolanguage)
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Pelancongan pantai merupakan aktiviti tumpuan pelancong antarabangsa dan tempatan di kebanyakan negara yang mempunyai keistimewaan tarikan ini. Di Malaysia, pelancongan pantai tidak terkecuali daripada mendapat perhatian pelancong domestik, termasuk pelancong keluarga. Salah satu pantai pelancongan yang terkenal dalam kalangan segmen ini ialah Pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Pantai ini mempunyai kelebihan persekitaran semula jadi sebagai tarikan kepada para pelancong keluarga. Ini adalah seiring dengan tuntutan pelancongan lestari yang memerlukan persekitaran fizikal semula jadi menjadi sumber lestari dan dapat dihayati oleh pengunjungnya. Walau bagaimanapun pilihan keluarga terhadap pantai mesra keluarga berdasarkan persekitaran semula jadi pantai masih belum terserlah. Makalah ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah cirian persekitaran fizikal semula jadi yang menjadi penentu kepada pelancong keluarga dalam membuat kunjungan ke Pantai Batu Ferringhi. Kajian ini adalah berasaskan soalselidik yang telah diedarkan kepada 300 responden keluarga di pantai tersebut. Hasil kajian mendapati pelancong keluarga melakukan aktiviti rekreasi pantai yang santai berbanding lasak, dan motif kedatangan ialah meluangkan masa dan dapat bersama anak-anak dan ahli keluarga. Dapatan kajian mengesahkan persekitaran fizikal semulajadi pantai menjadi sebahagian daripada penentu pemilihan pantai pelancongan mesra keluarga. Ini kerana persekitaran ini tidak menghalang aktiviti utama di pantai peranginan ini. Beberapa cadangan dikemukakan untuk penambahbaikan; antaranya jaminan pantai yang bersih dan luas, air laut yang tidak tercemar, jaminan keselamatan pantai dan landskap pantai yang terpelihara. Kesimpulannya, persekitaran fizikal semula jadi berperanan penting dalam menarik minat pelancong keluarga untuk melancong ke pantai peranginan khususnya di Pantai Batu Ferringhi.
其他摘要:Beach tourism is an activity usually consumed by the international and local tourists in most of the countries that possess the specialty of this natural attraction. In Malaysia, beach tourism is not an exceptional to domestic tourists, including family tourists. One of the popular beaches is the Batu Ferringhi Beach, located in the island of Penang. The beach is claimed to have the natural environment appeals as the key attraction for family visitors/travelers. However, until today, the extent of the families making choices to visit beaches depending on the natural beach environment remained unclear. Realising that this issue should be attempted to provide sustainable beach tourism, this paper aims to uncover the natural environmental factors that determine the choice of the family segment in making their visit to this destination, particularly to the Batu Feringghi Beach. A total 300 family respondents were successfully interviewed using questionnaires. The findings show that family members favour casual beach activities compared to highly-actived activities, and their motives include spending time and being together with children and family members. The fndings has proven that the physical environment of the beach is the key choice for family friendly beach destination. This factor does not create barriers for their family beach activities. Recommendations include assurance of clean and wide beach, unspoiled seawater, beach security and preserved landscape. In conclusion, the natural beach environment has played an important role in attracting visitors /family travelers to visit beaches, particularly to the Batu Ferringhi Beach.
关键词:cirian dan aktiviti pelancong;pelancongan pantai;pelancong keluarga;persekitaran fizikal
其他关键词:charaters and tourist activities##beach tourism##family tourists##physical environment