首页    期刊浏览 2024年11月08日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pandangan guru dan murid terhadap pengaplikasian Story Map GIS dalam mata pelajaran Sejarah STPM
  • 本地全文:下载
  • 作者:Shuhaida Abdul Malek ; Mokhtar Jaafar ; Kadaruddin Aiyub
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2019
  • 卷号:15
  • 期号:4
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Mata pelajaran sejarah dianggap mata pelajaran yang membosankan dalam kalangan murid. Ini berlaku kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak dapat menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran tersebut. Kaedah ‘chalk and talk’ rata-rata masih diamalkan di kebanyakan sekolah dan murid menghafal fakta Sejarah semata-semata untuk dimuntahkan semasa peperiksaan dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka persepsi guru dan murid terhadap pengaplikasian Story Map GIS dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang melibatkan tiga orang guru dan 30 orang murid tingkatan enam sebagai informan di tiga buah sekolah. Temu bual mendalam telah dijalankan terhadap tiga orang guru tersebut dan temu bual kumpulan berfokus dijalankan terhadap murid-murid yang dibahagikan kepada enam kumpulan. Selain itu, pengkaji turut membuat pemerhatian dan menjalankan analisis dokumen terhadap hasil kerja Story Map GIS murid. Pengumpulan data dibuat dalam tiga fasa iaitu fasa perbengkelan, fasa pembentangan dan ketika temu bual dijalankan. Pengkaji telah menjalankan analisis tematik bagi menjawab persoalan kajian menggunakan aplikasi ATLAS.ti. Hasil kajian ini mendapati majoriti guru dan murid-murid mempunyai persepsi yang positif terhadap pengaplikasian Story Map GIS dalam mata pelajaran Sejarah STPM. Aplikasi Story Map GIS sesuai untuk diaplikasi di peringkat menengah dan dapat menarik perhatian murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Pengenalan terhadap aplikasi Story Map GIS dalam mata pelajaran sejarah dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran sejarah dan pada masa yang sama memperkenalkan konsep ruang kepada mereka.
  • 其他摘要:History is normally considered as an unpopular subject among students. This is because the teaching method used by the teacher does not attract the students to learn the subject. The common chalk and talk method is still being practiced in most schools and students tend to memorize history facts solely for the purpose of regurgitating during examination. This study aims to explore teachers and student's perceptions on the application of Story Map GIS in History. It is a qualitative study involving three teachers and 30 sixth graders as participants in three schools. In-depth interviews were conducted with the three teachers and followed by student’s focus group interviews that was divided into six groups. In addition, the researcher conducted observation and a document analysis on student’s work on Story Map GIS. The data collection is done in three phases: workshop phase, presentation phase and while the interview was conducted. The researcher conducted a thematic analysis to answer the research question using the ATLAS.ti application. The results show majority of the teachers and students have positive perceptions on applying Story Map GIS in STPM History subject. Furthermore, the application of Story Map GIS is appropriate to be applied in secondary school and captures student's interest in the subject of History. In conclusion, introduction of Story Map GIS application in history subject can attract student’s attention to learn history and concurrently introduce them to the concept of space.
  • 关键词:GIS;mata pelajaran Sejarah;pandangan;penceritaan;Story Map;STPM
  • 其他关键词:GIS##history subject##perception##story telling##story map##STPM
国家哲学社会科学文献中心版权所有