首页    期刊浏览 2024年09月20日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Tahap keselamatan pejalan kaki untuk perjalanan ke sekolah
  • 本地全文:下载
  • 作者:Nur Humairah Kamarudin ; Mazdi Marzuki ; Rosmiza M.Z
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2020
  • 卷号:16
  • 期号:4
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Isu keselamatan sering dibahaskan, namun sehingga kini belum ada formula yang khusus untuk mengatasi masalah ini. Bagi pelajar yang berjalan kaki ke sekolah, mereka lebih terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya kerana tidak menghiraukan dan mengabaikan aspek-aspek keselamatan semasa berjalan kaki ke sekolah. Oleh itu, aspek keselamatan harus dipertingkatkan bagi mengurangkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh kemalangan yang menimpa pelajar berjalan kaki ke sekolah. Kawasan kajian melibatkan dua buah sekolah terpilih yang terletak di dalam Daerah Sabak Bernam, Selangor. Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak mewakili kawasan bandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap mewakili kawasan luar bandar. Kaedah soal selidik dilakukan ke atas 145 orang sampel melibatkan pelajar sekolah menengah yang berjalan kaki ke sekolah. Data diperoleh menerusi data primer dan sekunder. Data primer diperoleh melalui kaji selidik, pemerhatian dan temu bual. Manakala data sekunder pula diperoleh melalui kajian di perpustakaan, dokumen, laporan dan jurnal. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Hasil kajian tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar menunjukkan kesemua keempat-empat pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah tingkah laku pelajar, tingkah laku pengguna jalan raya, kemudahan pejalan kaki dan persekitaran berada pada tahap tidak memuaskan. Beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan tahap keselamatan di kalangan pelajar sekolah. Kerjasama daripada pihak kerajaan, sekolah dan masyarakat penting dalam memastikan pejalan kaki dapat melakukan perjalanan yang selamat sewaktu melakukan trip sekolah.
  • 其他摘要:The study aims to examine the level of pedestrian safety among secondary school students. Safety issues are often debated, but up to this date, there is no specific formula to overcome this problem. For students who walk to school, they are more exposed to the risk of road accidents because they neglect and ignore safety aspects while walking to school. Therefore, safety aspects should be improved to reduce the loss of life, injury and property damage caused by accidents that happen to students who are walking to school. The study area involves two selected schools located in the Sabak Bernam district, Selangor. Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak represents the urban area and Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap represents the rural area. The questionnaire method was applied on 145 samples involving secondary students who walked to school. Data were obtained through primary and secondary sources. Primary data were obtained through questionnaires, observations, and interviews. While secondary data were obtained through library research, official documents, reports, and journals. The data were analyzed using descriptive statistics presented in the forms of percentage, frequency and mean. The findings of the study on the level of pedestrian safety among the secondary students show that all four variables which are the students’ behaviours, road users’ behaviours, pedestrian facilities, and the environment are still at the unsatisfactory level. Several suggestions have been proposed to improve the level of safety among school students. Cooperation between the government, schools and communities are important in ensuring that pedestrians can travel safely during school trips.
  • 关键词:berjalan kaki;bandar;luar bandar;pelajar sekolah;tahap keselamatan
  • 其他关键词:pedestrian safety##urban areas##rural areas##school students##safety level
国家哲学社会科学文献中心版权所有