首页    期刊浏览 2024年09月19日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Masyarakat Orang Asli Jakun di Rompin, Pahang: Kajian terhadap pemuliharaan cerita lisan
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohd.Yuszaidy Mohd.Yusoff ; Suffian Mansor ; Karim Harun
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2021
  • 卷号:17
  • 期号:2
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian ini memfokuskan tentang pemuliharaan cerita lisan Orang Asli Jakun di Rompin, Pahang. Cerita lisan yang ada dalam kalangan masyarakat Orang Asli Jakun semakin berkurangan, beransur hilang dan diancam kepupusan. Hal ini akan memberi kesan terhadap kelangsungan cerita lisan sebagai sebahagian daripada tradisi lisan yang membentuk jati diri masyarakat Orang Asli Jakun. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemuliharaan cerita lisan masyarakat Orang Asli Jakun dalam usaha untuk mengekalkan tradisi tersebut. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif menggunakan kaedah kajian lapangan dan temu bual separa struktur. Kaedah kajian lapangan dijalankan di Kampung Sungai Mok, Rompin, Pahang. Temu bual separa struktur dilakukan terhadap informan yang masih bergiat aktif dalam menuturkan cerita lisan. Kajian ini juga disokong oleh kajian perpustakaan yang menyediakan data sekunder berdasarkan kajian lepas. Kajian ini menggunakan teknik analisis tematik untuk menyaring data supaya memperoleh data yang betul dan sesuai. Hasil penemuan mendapati bilangan cerita lisan Orang Asli Jakun semakin berkurangan. Hasil kajian juga membuktikan bahawa aktiviti pemuliharaan ke atas cerita lisan itu dapat mengekalkan tradisi tersebut untuk dinikmati generasinya. Kelangsungan cerita lisan Orang Asli Jakun boleh bertahan dengan sokongan dan kerjasama daripada khalayak masyarakat mereka. Justeru, kajian ini dapat memberi manfaat terhadap usaha pemuliharaan cerita lisan agar dapat terus kekal dalam kalangan masyarakat Orang Asli Jakun. Sumbangan kajian ini juga amat bermakna terhadap kosa ilmu pengetahuan mengenai cerita lisan Orang Asli.
  • 其他摘要:This study focuses on the conservation of Jakun Orang Asli oral stories in Rompin, Pahang. The oral stories that exist among the Jakun Orang Asli community are declining, gradually disappearing, and threatened with extinction. This will affect the continuity of oral stories as part of the oral traditions that shape the identity of the Jakun Orang Asli community. Therefore, this study aims to analyse the conservation of oral stories of the Jakun Orang Asli community to preserve the tradition. This study is a qualitative research using field research methods and semi-structured interviews. The field research was conducted at Kampung Sungai Mok, Rompin, Pahang. The semi-structured interviews were conducted with informants who were still actively involved in telling oral stories. This study is also supported by library studies that provide secondary data based on past research. This study uses thematic analysis techniques to filter the data in order to obtain correct and appropriate data. The findings found that the number of oral stories of Jakun Orang Asli is decreasing. The results also prove that the conservation of oral stories can preserve the tradition for the enjoyment of its generation. The survival of the Jakun Orang Asli oral story can be sustained with the support and cooperation of their community audiences. Thus, this study can benefit the efforts to preserve oral stories in order to remain among the Jakun Orang Asli community. This study can provide a significant contribution to the vocabulary of knowledge about the oral stories of the Orang Asli.
  • 关键词:Cerita lisan;Jakun;kearifan tempatan;kepupusan;Orang Asli;pemuliharaan
  • 其他关键词:Oral story##Jakun##local wisdom##extinction##Orang Asli##conservation
国家哲学社会科学文献中心版权所有