期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2021
卷号:17
期号:2
语种:Malay (macrolanguage)
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Perubatan tradisional merupakan suatu warisan masyarakat zaman lampau yang diwarisi daripada leluhur untuk kesejahteraan masyarakat. Masyarakat Melayu turut mempunyai pelbagai kaedah rawatan dan bahan perubatan tradisional yang tersendiri. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional sebagai salah satu rawatan penyembuhan daripada penyakit. Kajian ini berlandaskan tiga objektif utama iaitu mengkaji amalan penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional sebagai salah satu rawatan penyembuhan, menganalisis proses ritual penggunaan tawas dalam proses perubatan dan mengenal pasti fungsi tawas dalam perubatan Melayu tradisional. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk memperoleh maklumat tentang perubatan Melayu tradisional dan kaedah etnografi menerusi kajian lapangan di Kampung Pulau Penarik, Sungai Mati, Ledang, Johor dengan menemu bual pengamal perubatan tradisional yang menggunakan tawas. Kaedah pemerhatian turut dilakukan semasa proses rawatan dijalankan bagi mendapatkan gambaran proses ritual penggunaan tawas dalam perubatan tradisional. Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan antropologi perubatan. Hasil kajian mendapati bahawa proses ritual dan fungsi tawas dalam perubatan Melayu tradisional khususnya rawatan penyakit batin yang dikaitkan dengan makhluk halus. Dalam konteks bidang etnoperubatan, kajian ini penting untuk mendokumentasikan penggunaan tawas sebagai sebahagian khazanah perubatan Melayu tradisional agar tidak hilang ditelan zaman. Dalam jangka masa panjang pula masyarakat Melayu boleh memanfaatkan ilmu pengubatan tradisional yang sesuai sebagai satu cara pengubatan alternatif.
其他摘要:Traditional medicine is a legacy of the past generations inherited by the ancestors for the well-being of society. The Malay community also has a wide range of traditional medicine treatment methods and materials. This study aims to elaborate on the use of alum in traditional Malay medicine as one of the healing treatments of diseases. This study is based on three main objectives, namely to study the practice of using alum in traditional Malay medicine as a healing treatment, analyse the process of ritual use of alum in the medical process and identify the function of alum in traditional Malay medicine. This qualitative study using the method of library research to obtain information on traditional Malay medicine and ethnographic methods through field studies in Kampung Pulau Penarik, Sungai Mati, Ledang, Johor by interviewing traditional healers that use alum. Observation methods were also carried out during the treatment process to obtain a reflection of the ritual process of using alum in traditional medicine. The analysis is done using a medical anthropological approach. The study has identified the ritual process and function of alum in traditional Malay medicine, particularly the treatment of inner diseases associated with spirits. In the context of the ethnomedicine field, this study is important to document the use of alum as part of traditional Malay medicine treasures from being lost over time. In the long run, the community can also take advantage of traditional medical science as a way of alternative medication.
关键词:Penyakit batin;perubatan Melayu tradisional;rawatan;ritual;tawas;warisan