首页    期刊浏览 2024年11月24日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Gong dalam kehidupan golongan aristokrat Sebup, Kenyah di Sarawak
  • 本地全文:下载
  • 作者:Nur Afifah Vanitha Abdullah
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2021
  • 卷号:17
  • 期号:2
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Sebup adalah sebahagian suku kaum Kenyah di Sarawak. Masyarakat Sebup mendiami kawasan Long Loyang, di Miri. Masyarakat ini masih kuat mengamalkan beberapa budaya tradisi dan antaranya adalah berhubung dengan gong. Setiap keluarga aristokrat Sebup pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah gong dan lazimnya gong disimpan bersama bekalan beras di sebuah tempat khusus. Ruang penyimpanan khas bagi gong ini sudah cukup untuk menggambarkan kedudukan dan kepentingan gong dalam masyarakat Sebup. Peranan gong dalam konteks budaya Sebup melangkaui fungsi lazimnya sebagai sebuah alat muzik. Artikel ini bertujuan menerangkan fungsi gong dalam kitaran hidup golongan aristokrat Sebup. Untuk tujuan tersebut, sebuah kajian asas dirangka dengan reka bentuk kaedah kualitatif untuk memperoleh data. Memandangkan jurang ilmu yang agak ketara dalam subjek ini, maka temu bual dipilih sebagai kaedah utama bagi memperoleh data. Penyimpan adat masyarakat Sebup dan beberapa orang ahli masyarakat aristokrat yang berusia lebih 60 tahun ke atas dipilih sebagai informan. Dapatan kajian mendapati gong merupakan antara budaya bahan yang sangat penting dan berharga bagi golongan aristokrat Sebup. Gong adalah antara peralatan yang wajib ditampilkan dalam hampir kesemua upacara dalam kitaran hidup aristokrat Sebup. Gong wajib ditampilkan dan digunakan dalam upacara perkahwinan, pemberian status aristokrat dan kematian. Fungsi gong bagi golongan aristokrat masyarakat Sebup adalah sebagai komoditi, penunjuk kedudukan kewangan dan status sosial, manakala bunyinya adalah petanda situasi kecemasan bagi masyarakat Sebup.
  • 其他摘要:The Sebup community is a small part of the Kenyah ethnic in Sarawak and resides at Long Loyang, Miri. This community still practices its’ traditional culture and among which is the gong. Every Sebup aristocrat family will own at least one gong in their home and is kept in a special place with their rice reserves. The gong storage space indicates the status and importance of gong among the Sebup. In the cultural context of Sebup, it exceeds the typical function of a gong as a musical instrument. This article intends to explain the function of gong in the life cycle of a Sebup aristocrat. Thus, a fundamental research was planned with a qualitative research design to gather data. Interview was identified as the main research tool as there is a huge knowledge gap on this subject matter. The ‘adat’ authority and a few Sebup aristocrat members above 60 years of age were selected as informants to gather data. The findings of this research are that the gong is a very important and valuable material culture for the Sebup aristocrats. The gong is among the significant item in almost all rites in the life cycle of a Sebup aristocrat. The gong must be present and used during important ceremonies such as marriage, conferring of aristocrat status, and death. It serves as commodity, a financial and social status signifier, and its’ sound indicates situation of emergency for the Sebup society.
  • 关键词:budaya material;gong;kajian etnik;Kenyah;Sarawak;Sebup
  • 其他关键词:material culture##gong##ethnic studies##Kenyah##Sarawak##Sebup
国家哲学社会科学文献中心版权所有