首页    期刊浏览 2024年09月19日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pemuliharaan beberapa bangunan bersejarah di Kelantan: Tinjauan ke atas penglibatan komuniti setempat dalam suai guna semula
  • 本地全文:下载
  • 作者:Daeng Haliza Daeng Jamal ; Zuliskandar Ramli
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2021
  • 卷号:17
  • 期号:2
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Bangunan bersejarah merupakan salah satu nilai kebudayaan yang melambangkan identiti sesebuah bangsa. Usaha untuk memulihara dan memelihara bangunan bersejarah daripada ancaman kemusnahan perlu dilakukan secara komprehensif dan komited oleh semua pihak termasuk komuniti setempat. Hal ini kerana komuniti setempat merupakan pihak yang paling hampir untuk dirujuk dalam usaha melindungi aset warisan daripada ancaman kepupusan. Komuniti setempat juga adalah kelompok yang akan menerima manfaat hasil usaha pemuliharaan dan pemeliharaan warisan. Oleh itu, kajian ini bertujuan membincangkan penglibatan komuniti setempat dalam usaha memulihara dan memelihara bangunan bersejarah di kawasan mereka khususnya menerusi pendekatan suai guna semula. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data dianalisis dengan pendekatan analisis tematik. Kerangka Tangga Penyertaan (Ladder of Participation) yang dikemukakan oleh Arnstein dijadikan panduan dalam menganalisis penglibatan komuniti bagi kajian ini. Hasil tinjauan di lapangan mendapati, komuniti setempat di kedua-dua jajahan ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memulihara dan memelihara bangunan bersejarah dengan menggunakannya semula. Masjid Lama Kedai Mulong telah dibina oleh penduduk kampung dengan menggunakan pendekatan suai guna semula. Komuniti Peranakan Cina di Tanah Merah juga didapati mempunyai kesedaran dan komitmen untuk melindungi rumah tradisional mereka daripada ancaman kemusnahan. Hal ini dibuktikan dengan wujudnya Galeri Peranakan Cina Kelantan hasil penyesuaigunaan semula salah satu rumah tradisional komuniti ini. Secara tidak langsung kajian ini membuktikan selain pihak kerajaan, komuniti setempat turut membantu dan proaktif dalam melestarikan warisan setempat. Pemuliharaan aset warisan yang turut disertai komuniti setempat dilihat memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi dan sosial setempat. Komuniti setempat turut berpotensi memperoleh manfaat daripada pelancongan warisan yang wujud di kawasan mereka.
  • 其他摘要:A historic building is an integral part of cultural values that may symbolise a national identity. It is thus suggested that efforts of conservation and preservation should be collectively shouldered including the local community to prevent destruction. This study aims at explore the involvements of the local communities in their efforts of conserving and preserving the several historic buildings in Kelantan through the adaptive reuse approach. The study will use a qualitative method and data analysis with a thematic analysis approach. The Ladder of Participation framework introduced by Arnstein was used to analyse the involvement of local communities in conserving the historic buildings. Findings of field observation found that local communities in these two districts have shown their high commitments in the conservation and preservation of historic buildings using the adaptive reuse approach. Kedai Lama Mulong Mosque built by villagers using adaptive reuse approach. Peranakan Chinese community in Tanah Merah also found have an awareness and commitments to protect their traditional house from the threat of destruction. This proved by the existence of Galeri Peranakan Cina Kelantan which was built by reusing their traditional house. Indirectly, this research proves that, apart from the state government, the local communities with their proactiveness and helps, may contribute significantly in efforts of heritage sustainability. Conservation of heritage asset that also involving the local community seen has results a positive impact to economic growth and social. The local community also has the potential to gain benefit from heritage tourism that exists in their area.
  • 关键词:Bangunan bersejarah;Kelantan;komuniti setempat;pemuliharaan;penyesuaigunaan semula;pelestarian warisan
  • 其他关键词:Historic building##Kelantan##local community##conservation##adaptive reuse##heritage sustainability
国家哲学社会科学文献中心版权所有