首页    期刊浏览 2024年09月16日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Penerokaan kefungsian keluarga dalam kalangan banduan muda lelaki Malaysia: Satu kajian kualitatif
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohammad Rahim Kamaluddin ; Noor Nasiha Kamarudin ; Siti Nurkhairina Mohd Nor
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2021
  • 卷号:17
  • 期号:2
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Penglibatan banduan muda lelaki dalam jenayah dan tingkah laku delinkuen telah mencetuskan permasalahan sosial dalam masyarakat Malaysia pada hari ini. Namun begitu, kajian berkaitan penglibatan banduan muda lelaki dalam jenayah dari perspektif faktor kefungsiaan keluarga masih kurang diberikan penekanan dan memerlukan penelitian lanjut. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneroka aspek kefungsian keluarga yang membawa kepada tingkah laku jenayah dalam kalangan banduan muda lelaki di salah sebuah Sekolah Integriti di Malaysia. Kajian ini menggunakan teknik temu bual mendalam di mana seramai 12 orang banduan muda lelaki telah ditemu bual. Kaedah penyelidikan kualitatif dan pemerhatian secara langsung telah digunakan bagi mengutip data di dalam kajian ini. Peserta kajian dipilih berdasarkan persampelan pemilihan berkriteria dan transkrip temu bual dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati empat tema berkaitan kefungsiaan keluarga iaitu kekurangan kasih sayang, keluarga bermasalah, dendam terhadap ahli keluarga dan keterlibatan ahli keluarga dalam jenayah. Hasil dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk membangunkan modul-modul di sekolah untuk mengelak remaja dan pelajar sekolah daripada terlibat dengan jenayah dan tingkah laku delinkuen. Selain itu, kajian ini juga menjadi manfaat bagi institusi kekeluargaan dan masyarakat dalam memahami faktor-faktor penyebab tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja dengan lebih mendalam.
  • 其他摘要:The involvement of incarcerated young males in crimes and delinquency has sparked social issues in present Malaysian society. However, studies related to involvement of young male offenders from the perspective of familial function are underexplored and warrant further attention. The present qualitative research, therefore, was undertaken to explore the familial function that has influence on delinquency and criminal behaviour among young male prisoners from Henry Gurney School in Malaysia. Twelve participants were selected using the purposive sampling technique. In-depth interviews were conducted to explore the familial function of young male prisoners. The informants were selected based on several selection criteria and data were analysed using the thematic approach. From the analyses, four prominent themes emerged such as lack of love, problematic family, revenge towards family members and involvement of family members in crime. The findings of this study may serve as guidance for future researchers and authorities to develop modules in schools that can help prevent schooling teenagers from being involved in various types of crime and delinquent behaviours. Additionally they may be significant in offering in-depth understanding about salient factors of delinquency for members of familial institutions and societies.
  • 关键词:Banduan muda lelaki;jenayah;kefungsiaan keluarga;tingkah laku delinkuen
  • 其他关键词:Young male prisoners##crime##familial function##delinquent behaviour
国家哲学社会科学文献中心版权所有