首页    期刊浏览 2024年09月18日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Rekonstruksi vokal bahasa Minangkabau: Pengintegrasian merentasi geopolitik
  • 本地全文:下载
  • 作者:Ernawita Atan ; Rahim Aman ; Shahidi A.H.
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2021
  • 卷号:17
  • 期号:2
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian ini memerihalkan tentang pengintegrasian varian Minangkabau antara dua kawasan geopolitik yang serumpun iaitu Semenanjung Malaysia dan Pulau Sumatera, Indonesia. Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan berkisar tentang varian Minangkabau. Kajian oleh Chaidir Anwar (1964), Sjam Bachijar (1965) dan Tamsin Medan (1967) bertujuan membandingkan varian Minangkabau untuk mendapatkan bentuk purba fonem vokal dan konsonan juga diftong. Berdasarkan kaedah lapangan, pendekatan semak dan cakap melalui teknik khas telah dilakukan. Objektif kajian ini adalah untuk merekonstruksi vokal Varian Minangkabau Purba yang wujud di Sumatera Indonesia dan Malaysia. Rekonstruksi Varian Minangkabau Purba ini dijalankan dengan menggunakan kaedah perbandingan kualitatif. Rekonstruksi varian ini menggunakan kaedah rekonstruksi dalaman. Kriteria rekonstruksi yang digunakan ialah menentukan kata kognat, mencari perangkat kesepadanan, menentukan rekurensi fonem dan memperoleh fonem purba. Enam belas varian Minangkabau Sumatera, Indonesia dan Semenanjung Malaysia telah diselidiki, iaitu Bangkinang, Paya Kumbuh, varian Tanah Datar, varian Rao, varian Pancung Soal, varian Pangkalan Koto Baru, varian Agam Barat, varian Agam Timur, varian Muara Sg. Labuh, varian Pariaman di Pulau Sumatera. Di Semenanjung Malaysia, kajian dibuat di Negeri Sembilan di Kg. Gagu Jelebu dan Kg. Talang Kuala Pilah, Selangor di Kg. Padang Hulu Langat dan Kg. Ulu Rening Batang Kali, Kg. Sesapan Batu Minangkabau, Beranang dan Pahang di Kg. Janda Baik Bentong. Hasil kajian membuktikan bahawa Varian Minangkabau Purba yang direkonstruksi ini memiliki enam fonem vokal iaitu /i, u, o, e, ə dan a/ yang terdiri daripada satu vokal depan, dua vokal tengah dan dua vokal belakang. Kehadiran fonem-fonem purba iaitu fonem vokal terjadi secara teratur dan mudah dijangka. Keberadaan beberapa ciri sporadik pada fonem vokal memberi gambaran bahawa terjadinya inovasi kerana disebabkan oleh faktor migrasi setempat. Proses ini terjadi hingga menerbitkan ciri inovasi.
  • 其他摘要:This study describes the integration of the Minangkabau variant between two similar geopolitical areas, namely Peninsular Malaysia and Sumatra Island, Indonesia. There are many studies that have been done around the Minangkabau variant. A study by Chaidir Anwar (1964), Sjam Bachijar (1965) and Tamsin Medan (1967) was conducted to compare the Minangkabau variants to obtain the ancient forms of vocal phonemes and consonants as well as diphthongs. Based on the field method, the approach of checking and speaking through special techniques has been done. The objective of this study is to reconstruct the vocals of the Ancient Minangkabau Variants that exist in Sumatra Indonesia and Malaysia. This Ancient Minangkabau Variants reconstruction was carried out using a qualitative comparison method. Reconstruction of this variant uses internal reconstruction methods. The reconstruction criteria used were to determine the cognate word, find the matching device, determine the phoneme reconstruction and obtain the ancient phoneme. Sixteen variants of Minangkabau Sumatra, Indonesia and Peninsular Malaysia have been investigated, namely Bangkinang, Paya Kumbuh, Tanah Datar variant, Rao variant, Pancung Soal variant, Pangkalan variant Koto Baru, variant Agam Barat, variant Agam Timur, variant Muara Sg. Labuh, a variant of Pariaman on the island of Sumatra. In Peninsular Malaysia, a study was conducted in Negeri Sembilan in Kg. Gagu Jelebu and Kg. Talang Kuala Pilah, Selangor in Kg. Padang Hulu Langat and Kg. Ulu Rening Batang Kali, Kg. Sesapan Batu Minangkabau, Beranang and Pahang in Kg. Janda Baik Bentong. The results of the study prove that this reconstructed Ancient Minangkabau Variant has six vowel phonemes namely / i, u, o, e, ə and a / which consist of one front vowel, two middle vowels and two back vowels. The presence of ancient phonemes i.e. vowel phonemes occur regularly and is easy to anticipate. The presence of some sporadic features in the consonant phoneme gives the impression that innovation occurs due to local migration factors. This process occurs to publish the characteristics of innovation.
  • 关键词:Inovasi;perbandingan kualitatif;rekonstruksi;varian;varian Minangkabau;vokal
  • 其他关键词:Innovation##qualitative comparison##reconstruction##variant##Minangkabau variants##vowel
国家哲学社会科学文献中心版权所有