期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2021
卷号:17
期号:4
语种:Malay (macrolanguage)
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Bidang Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang dapat membantu mengurangkan pengangguran negara serta memberi alternatif kepada peluang pekerjaan. Namun begitu, kajian mendapati bidang ini masih kurang dipilih oleh para graduan sebagai pilihan kerjaya. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauhmanakah graduan bersedia untuk memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan setelah tamat pengajian. Kajian telah dijalankan kepada 400 graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Soalselidik telah diedarkan bagi menilai tahap kesediaan graduan melalui kesediaan mereka untuk 1) melakukan apa sahaja untuk menjadi usahawan, 2) bercita-cita untuk menceburi dunia keusahawanan 3) mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan 4) mencari peluang dan sokongan untuk memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan 5) menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan dan 6) berusaha untuk memulakan perniagaan. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan graduan untuk memilih keusahawanan sebagai bidang kerjaya melalui enam indikator ini menunjukkan skor purata min yang tinggi (min purata 3.47). Namun begitu penelitian terhadap skor bagi indikator kesediaan graduan menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan dan kesediaan untuk memulakan perniagaan menunjukkan tahap skor min yang sederhana. Kajian ini memberi indikasi bahawa walaupun para graduan secara relatif bersedia untuk melakukan apa saja usaha untuk menjadi usahawan, memandang serius cita-cita menjadi usahawan, bersemangat tinggi untuk menceburkan diri dalam dunia usahawan dan bersedia untuk mencari peluang dan sokongan untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan, namun untuk benar-benar melaksanakan perniagaan dan menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan masih berada pada tahap kesediaan yang sederhana. Sehubungan itu, usaha bagi membantu para graduan untuk menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan dan seterusnya bersedia menjalankan perniagaan perlu diberikan perhatian dalam program keusahawanan graduan.
其他摘要:Entrepreneurship is a career field that can help to reduce national unemployment as well as provide employment alternatives to graduates. However, studies found that this field is still less chosen by graduates as a career choice after their graduation. Accordingly, this study aims to examine the extent to which graduates are willing to choose the field of entrepreneurship as a career choice after graduation. The study was conducted on 400 graduates of Universiti Kebangsaan Malaysia. Questionnaires were distributed to assess the level of readiness of graduates through their willingness to 1) do anything to become entrepreneurs, 2) take seriously the ambition to venture into the world of entrepreneurship 3) have high passion to be an entrepreneur 4) find opportunities and support to start a career as an entrepreneur 5) target entrepreneurship as a job and 6) strive to start a business. The results of the study found that the level of readiness of graduates to choose entrepreneurship as a career field through these six indicators showed a high average mean score (average mean of 3.47). However, the score for the readiness of graduates to target entrepreneurship as a job and the willingness to start a business indicates a moderate level of mean score. This study gives an indication that although graduates are relatively willing to make all effort to become entrepreneurs, take seriously the ambition to become entrepreneurs, have a strong desire to venture into the world of entrepreneurs and are willing to seek opportunities and support to start a career as an entrepreneur, but to truly run a business and target entrepreneurship as a job is still at a moderate level of readiness. In this regard, efforts to make graduates ready to do business and target entrepreneurship as a job should be given attention in the graduate entrepreneurship program.