期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2022
卷号:18
期号:1
语种:Malay (macrolanguage)
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Projek Lebuh Raya Pan Borneo merupakan sebuah projek mega yang mula dilaksanakan pada tahun 2015, di bawah Rancangan Malaysia ke-11. Jajaran lebuh raya ini bermula dari Tawau (Sabah) hingga ke Telok Melano (Sarawak). Kini jajaran untuk bahagian Sematan-Telok Melano telah pun dibuka pada Januari 2019. Makalah ini tertumpu pada menganalisis impak pembukaan jajaran tersebut kepada aspek sosiobudaya dan sosioekonomi penduduk di Telok Melano. Tinjauan pustaka mendapati bahawa Telok Melano asalnya merupakan sebuah enklaf terasing dan kajian-kajian lepas hanya melaporkan keadaan sosioekonomi dan masyarakat sebelum tahun 2019. Susulan pembukaan jajaran baharu ini, masyarakat tempatan mula berinteraksi secara aktif dengan luar dan sektor ekopelancongan semakin berkembang. Namun demikian, belum ada kajian ilmiah terkini yang menjurus pada perubahan-perubahan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah wawancara dan pemerhatian ikut serta untuk memperoleh data kualitatif. Seramai 20 orang responden telah diwawancarai untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Hasil kajian mendapati bahawa pembukaan jajaran ini telah mempertingkatkan infrastruktur asas terutamanya bekalan elektrik dan air, serta sekaligus membangunkan industri ekopelancongan di kawasan Telok Melano. Dalilnya dapat ditinjau pada kajian kes ke atas program perusahaan inap desa di kawasan ini. Sesungguhnya, perusahaan ini telah mengalami transformasi yang drastik dengan kemudahan asas ini. Dari segi impak ke atas sosiobudaya, kajian ini mendapati bahawa isu keterhakisan budaya adalah suatu fenomena yang berterusan dan telahpun berlaku sebelum adanya jajaran baharu ini. Namun demikian, selepas pembukaan jajaran ini, proses keterhakisan bertambah rancak dan cepat. Secara ringkas, kajian ini telah berjaya merungkai tahap awal perubahan sosioekonomi dan sosiobudaya masyarakat Telok Melano selepas jalan darat baharu ini siap dibina.
关键词:Impak;jajaran Sematan-Telok Melano;Lebuh Raya Pan Borneo;sosiobudaya;sosioekonomi