摘要:Dewasa ini, terdapat banyak kajian mengenai kepenggunaan teknologi komunikasi dalam aktiviti kehidupan seharian. Dengan kepenggunaan teknologi komunikasi ini ia dapat memberi kelancaran dan kemudahan di dalam setiap aktiviti kerja. Pengaruh kepenggunaan teknologi komunikasi ini juga telah sedikit sebanyak telah masuk ke dalam dunia pendidikan di mana teknologi komunikasi dijadikan sebagai alatan bantu mengajar oleh para pendidik. Oleh itu, dengan menggunakan teori difusi inovasi sebagai panduan kerangka kerja, tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui pengetahuan kepenggunaan, kesediaan perlaksanaan dan cabaran yang dihadapi oleh pendidik dalam mengintegrasikan teknologi komunikasi terhadap aktiviti pengajaran. Perbincangan kumpulan fokus telah dijalankan kepada 12 orang Pemaju Masyarakat TABIKA KEMAS. Hasil kajian mendapati majoriti pemaju masyarakat TABIKA KEMAS mengetahui dan menyatakan kesediaan dalam mengintegrasikan teknologi komunikasi dalam pengajaran namun terdapat beberapa cabaran dan kekangan yang menjadi faktor penolakan kepada mengintegrasikan teknologi komunikasi dalam aktiviti pengajaran.