首页    期刊浏览 2024年11月27日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Menangani cabaran tranformasi Tanah NCR: Satu keperluan terhadap pendekatan pemetaan berpenglibatan (Tackling the NCR land transformation challenges: The need for a participatory mapping approach)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Azima A. M. ; Novel Lyndon ; Sivapalan Selvadurai
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2014
  • 卷号:10
  • 期号:1
  • 页码:110-117
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Bagi masyarakat pribumi di Sarawak, tanah merupakan sumber yang amat penting demi kelangsungan hidup mereka. Kerananya, isu pemilikan dan persempadanan tanah NCR (Native Customary Rights Land) sering kali menjadi punca pertelingkahan antara komuniti suku kaum asli di negeri tersebut. Oleh yang demikian artikel ini bertujuan untuk membincangkan konflik komuniti pribumi terhadap isu pemilikan dan persempadanan tanah adat di Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan data sekunder yang diperoleh daripada kajian lepas. Pertelingkahan antara komuniti asal di Sarawak didapati berpunca daripada dua faktor utama. Pertama, penggunaan kaedah persempadanan tanah NCR berdasarkan penyampaian secara penceritaan lisan dari satu generasi ke satu generasi dan rujukan sempadan yang kurang jelas seperti berasaskan tumbuh-tumbuhan, bukit dan sungai. Kedua, kelemahan pemetaan konvensional sedia ada yang gagal mengambil kira maklumat lisan mahu pun maklumat lokal yang tak formal semasa kerja-kerja persempadanan semula tanah dilakukan. Kedua-dua hal ini sering menyebabkan berlakunya pertindihan sempadan dan seterusnya membawa kepada pertelingkahan. Justeru itu, maklumat lokal tak formal setempat perlu diambil kira dalam proses persempadanan tanah bagi mengelakkan pertelingkahan dalam masyarakat. Proses tersebut yang menggunakan teknik pemetaan digital berpenglibatan, merupakan pendekatan pemetaan yang melibatkan penyertaan komuniti lokal, adalah alat bagi memudahkan tranformasi pembangunan tanah adat di negeri Sarawak
  • 关键词:pemetaan digital berpenglibatan; penyertaan komuniti; persempadanan tanah; pribumi; Sarawak; tanah ; NCR
国家哲学社会科学文献中心版权所有