标题:Persepsi penduduk Shah Alam terhadap dasar pengangkutan dan kesediaan mengguna pengangkutan mampan (Transportation policies and the readiness of local public for sustainable transportation - A perception study of Shah Alam, Malaysia)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2014
卷号:10
期号:2
页码:133-142
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Artikel ini memeriksa bagaimana dasar pengangkutan dapat mempengaruhi tingkah laku perjalanan bagi penggunaan pengangkutan mampan dan kesediaan penduduk bandar untuk mengurangkan penggunaan kereta. Kaji selidik dijalankan di sekitar Shah Alam, Selangor dan sebanyak 384 pengguna jalan raya yang mewakili 36 seksyen telah dipilih secara rawak berkadar sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati, majoriti responden menyatakan bahawa kenaikan harga petrol dan tol menjadi faktor utama untuk mengurangkan penggunaan kereta, dan penyediaan lebih banyak pengangkutan awam akan menggalakkan mereka untuk bertukar menggunakan pengangkutan awam. Keputusan ujian Khi-kuasa dua menunjukkan bahawa kesediaan responden untuk menggunakan pengangkutan awam mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan memandu kereta. Tahap kesediaan untuk menggunakan pengangkutan awam adalah lebih rendah apabila pengguna lebih kerap menggunakan kereta. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa majoriti daripada pengguna tidak bersedia untuk mempertimbangkan penggunaan basikal dan berjalan kaki sebagai alternatif kepada memandu kereta
其他摘要:Transport policies may be designed to influence travel patterns of road users and pave the way for their willingness to realize the particular travel behavior desired and expected of them. This article examines how transport policy measures have influenced the willingness and readiness of an urban population to reduce car usage in order to promote sustainable transportation. Data were collected through a survey of 384 vehicle users randomly sampled to represent the 36 sections of urban Shah Alam . The main findings point to the fact that the majority of the surveyed road users stated that while increased petrol prices and toll hikes would be the key factors for them to reduce car use, substantially improved provision of public transport would encourage them to use public transport instead. However, the Chi-square test results reveal that such willingness of the road users to use public transport has a significant inverse relationship with the frequency of their driving a vehicle. In other words, the level of Shah Alam’s road users’ willingness to use public transport is lower when they can drive a car more frequently. Results also suggested that the majority of the road users were not ready to consider cycling and walking as alternatives
关键词:dasar pengangkutan; kesanggupan mengurangkan penggunaan kereta; penduduk bandar; pengangkutan;awam; pengangkutan mampan; tingkah laku perjalanan