首页    期刊浏览 2024年11月24日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Analisis spasial sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian di Kabupaten Sleman, Indonesia (Preserving farmland in Sleman Regency, Indonesia: A spatial analysis of farmers’ decision making)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Rika Harini ; Hadi Sabari Yunus ; Kasto
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2014
  • 卷号:10
  • 期号:2
  • 页码:154-167
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Bilangan penduduk yang meningkat secara langsung akan berdampak kepada sumber tanah untuk memenuhi keperluan hidup. Sebagai sumber yang terhad dan tidak dapat diperbaharui dari segi kuantiti maka keberadaan tanah perlu mendapat perhatian khasnya tanah pertanian. Pertukaran gunatanah pertanian akibat peningkatan bilangan penduduk tidak dapat dihindarkan. Perkara tersebut jika dibiarkan terus akan menyebabkan pertukaran gunatanah yang tidak terkawal. Akibat yang ditimbulkan selain mengancam keselamatan makanan kemungkinan lain adalah berlakunya kerosakan lingkungan. Sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian merupakan suatu kajian yang menarik untuk dikaji. Mengingat gencarnya pembangunan di luar sektor pertanian yang menggeser kegiatan pertanian terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi. Kajian ini dijalankan di Kabupaten Sleman yang dibahagi menjadi 3 zon kawasan yakni zon 1 kawasan dengan pertukaran gunatanah tinggi, zon 2 kawasan dengan pertukaran gunatanah sederhana dan zon 3 kawasan pertukaran gunatanah rendah. Metod pemerhatian dilakukan dalam kajian ini melalui temubual terhadap petani pemilik tanah pertanian. Analisis secara deskriptif dan uji statistik dengan model binary logistic dan Seemingly Unrelated regression (SUR) yang ditampilkan dalam bentuk sama ada jadual mahupun peta. Dapatan kajian menujukkan bahawa telah berlaku variasi pertukaran gunatanah di Kabupaten Sleman. Hasil uji sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian menunjukkan bahawa pemboleh ubah umur, paras pendidikan secara signifikan tidak mempengaruhi sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian. Berdasarkan hasil uji SUR menunjukkan bahawa berlaku variasi sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian dalam bentuk tanah sawah, ladang mahupun tanah pekarangan
  • 其他摘要:Population increase tends to put pressure on land including farmland. Yet farmland conversion is not something to be conveniently ignored not just because it may pose a threat to food sufficiency and environmental integrity, but also because of the economic dilemma it brings to farmers . Farmers thus hold the key in the decision to convert or not to convert their farmland to non-agricultural uses. To understand some of the dynamics that play out in such decision making this study examined the attitudinal pattern of 383 farmers in Sleman Regency, Indonesia. The sampled farmers were spatially classified into three zones where Zone 1 represented the area with high level of conversion, Zone 2 mediu m and Zone 3 low. The field data were then analysed and tested with logistic binary models and the Seemingly Unrelated Regression (SUR) results presented in tables and maps. Results of the analysis reveal variations in the farmers attitudes with regard to farmland conversion in the study area although age and education are not the determinants
  • 关键词:analisis spatial; corak sikap; pembuatan keputusan petani; tanah pertanian; pertukaran gunatanah; ; tekanan penduduk
  • 其他关键词:attitudinal pattern; farmers' decision making; farmland; land conversion; population pressure; spatial ; analysis ; ; ; Pengenalan ; ; Sebagai negara agraris kegiatan sektor pertanian di Indonesia masih mendominasi. Sektor pertanian ; masih menjadi tumpuan hidup sebahagian besar penduduk Indonesia (lebih daripada 50%). Sebagai ; ilmu yang mempelajari kegiatan manusia terhadap lingkungan hidup maka ilmu geografi sangat relevan ; sebagai asas kajian dan perancangan di sektor pertanian (Escap; 1979). Keberadaan sektor pertanian ini ; secara langsung mahupun tidak langsung akan berkait rapat dengan sektor di luar pertanian (kegiatan ; sekunder dan tersier). Kegiatan sekunder berupa kegiatan yang berkait dengan industri pembuatan yang ; mengolah bahan mentah menjadi bahan setengah jadi mahupun bahan jadi. Kegiatan tersier berkaitan ; dengan industri perkhidmatan; sebagai contoh kegiatan perniagaan; bank; pejabat dan kedai (Blij & ; Murphy; 1999). ; Fenomena pertukaran gunatanah masa ini sudah menjadi perhatian dan kekhawatiran dari para pakar ; dan pembuat dasar masalah pangan; terutamanya yang berlaku di Pulau Jawa (Rahmanto; et al. 2006). ; Dorongan berlakunya pertukaran gunatanah pertanian tidak sepenuhnya bersifat semula jadi; akan tetapi ; secara langsung juga disebabkan oleh wujudnya polisi pemerintah. Polisi yang diberlakukan pemerintah ; mengenai subsidi input pertanian mahupun sistem perdagangan dan pemasaran yang tidak berpihak ; kepada petani. Pembangunan sarana dan prasarana fizikal terus meningkat demikian juga peningkatan ; kegiatan ekonomi bukan pertanian. ; Peningkatan bilangan penduduk terutamanya di kawasan perkotaan akan memberikan dampak ; terhadap pemenuhan keperluan tanah. Berdasarkan hasil kajian Worl Bank (2000); menunjukkan ; bahawa pada awal abad 21 lebih daripada setengah penduduk Indonesia akan tinggal di kawasan ; perkotaan. Angka urbanisasi di Daerah Istimewa Yogyakarta pada tahun 1990 sebesar 44.64% meningkat ; menjadi 59.42% pada tahun 2005. Demikian juga yang berlaku di Kabupaten Sleman daripada 51.48% ; pada tahun 1990; meningkat sekitar 30% pada tahun 2005. Keadaan tersebut jika tidak segera ; diantisipasi akan menyebabkan permasalahan di kawasan perkotaan sama ada masalah sosial; ekonomi; ; mahupun persekitaran. Pemenuhan keperluan akan tanah khasnya untuk petempatan menjadi suatu ; masalah tersendiri yang secara langsung akan berdampak pada berkurangnya tanah pertanian. Pertukaran ; gunatanah pertanian selain di kawasan perkotaan juga akan menjalar di kawasan sekitar kota. ; Kabupaten Sleman yang sebahagian besar kawasannya merupakan kawasan pertanian; dengan adanya ; perkembangan kota dengan bilangan penduduk yang terus meningkat maka secara langsung juga ; berdampak pada pengurangan keluasan tanah pertanian. ; Kajian terhadap fenomena pertukaran gunatanah pertanian menjadi bukan pertanian perlu dilakukan ; dengan cara melakukan suatu kajian terhadap sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian. ; Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pertukaran gunatanah pertanian antara tahun 1992 – ; 2009 di Kabupaten Sleman dan penentuan zon kawasan serta meneliti sikap petani dalam ; mempertahankan tanah pertanian di Kabupaten Sleman. ; ; ; Kajian literatur ; ; Kajian spasial merupakan salah satu ciri dari suatu kajian geografi. Geografi adalah ilmu yang ; mempelajari interaksi antara manusia dengan alam. Alam yang dimaksud adalah ruang dimana manusia ; tersebut tinggal dan berinteraksi dengan makhluk lain untuk kelangsungan hidup. Ciri utama dalam
国家哲学社会科学文献中心版权所有