首页    期刊浏览 2024年07月23日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Status modal insan dalam menjamin kelestarian hidup Suku Che Wong dan Jahut: Suatu analisis perbandingan (Status of human capital in ensuring sustainable livelihood among the Che Wong and Jahut: A comparative analysis)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mustaffa Omar ; W. A. Amir Zal ; Sharina Halim
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2014
  • 卷号:10
  • 期号:3
  • 页码:73-89
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian ini membandingkan status modal insan dalam kalangan Orang Asli suku Che Wong dengan suku Jahut di Pahang yang sedang mengalami keterancaman akibat pertambahan penduduk yang perlahan. Maklumat kajian diperolehi melalui kaji selidik berstruktur, temu bual separa berstruktur, dan teknik pemerhatian di lap angan. Analisis ke atas status modal insan dalam tulisan ini dibahagi kepada empat jenis aset, iaitu demografi, pendidikan meliputi kemahiran, status kesihatan dan pekerjaan. Dari aspek aset demografi, suku Che Wong didapati menghadapi tekanan dalam bentuk risiko kematian yang lebih tinggi, peluang berkahwin yang terhad dan lewat, masalah perkahwinan bawah umur, serta tradisi amalan merancang keluarga yang meluas. Kesemua keadaan ini dilihat tidak banyak membantu ke arah peningkatan jumlah penduduk Che Wong berbanding Jahut. Dari segi aset pendidikan dan kemahiran, suku Che Wong didapati kurang kelayakan akademik dan kebolehan literasi, serta pendedahan kepada latihan kemahiran, lantas mereka sering terhalang daripada menikmati peluang-peluang bekerjaya yang lebih baik berbanding suku Jahut. Dari segi status aset kesihatan, bentuk ancaman kesihatan yang dilalui suku Che Wong lebih condong kepada masalah perkembangan fizikal dan ketidakcukupan makan. Sementara bagi suku Jahut p ula, pemasalahan kesihatan yang dihadapi lebih banyak dipengaruhi oleh perubahan gaya hidup, lantas mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik seperti mana biasa dialami masyarakat luar. Berkaitan status aset pekerjaan, masalah pengangguran dan ketiadaan jaminan kerja adalah lebih tinggi dalam kalangan suku Che Wong berbanding Jahut. Akhirnya, analisis komposit p ula membuktikan kekurangan dalam penguasaan suku Che Wong terutama ke atas dua jenis aset, iaitu aset pendidikan dan aset kemahiran pekerjaan telah meletakkan mereka dalam kedudukan lebih mudah terancam berbanding suku Jahut
  • 关键词:kelestarian; kemudahterancaman; kesihatan; modal insan; Orang Asli; pemilikan aset; pengangguran
国家哲学社会科学文献中心版权所有