首页    期刊浏览 2024年09月19日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Potensi instrumen moral dalam melestarikan sumber air di Malaysia - Kajian kes Sungai Melaka [The prospect of using moral instruments in sustaining water resources in Malaysia - A case study of the Melaka River]
  • 本地全文:下载
  • 作者:Ang Kean Hua
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2014
  • 卷号:10
  • 期号:5
  • 页码:44-55
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Teknologi rawatan air, polisi air, dan akta air telah diajukan bagi melestarikan sumber air, namun di Malaysia sungai Melaka masih tercemar. Kajian ini dijalankan untuk menilai penilaian moral terhadap sumber air lestari di sungai Melaka. Kaedah yang digunakan melibatkan pengumpulan data kuantitatif melalui soa l selidik. Sebanya k 400 sampel soal selidik diedarkan kepada responden yang tinggal berhampiran dengan sungai Melaka memandangkan pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai sumber air semula jadi, khususnya sungai Melaka. Perspektif responden terhadap empat pembolehubah (peranan individu dalam mewujudkan sikap prihatin dan menghormati alam sekitar, peranan ibu bapa dalam memupuk sifat kasih sayang terhadap alam sekitar, peranan masyaraka t dalam mengembeling nilai murni agama dan moral terhadap alam sekitar) disukat dengan menggunakan lima skala Likert (sangat tidak setuju, tidak setuju, biasa, setuju, sangat setuju). Hasil analisis statistik menunjukkan bahawa bahawa sebahagian besar responden menyatakan setuju dan sangat setuju dengan pembolehubah peri pentingnya peranan individu dalam mewujudkan sikap prihatin dan menghormati alam sekitar (88.5%), peranan ibu bapa dalam memupuk sikap menyayangi alam sekitar (84.8%), peranan masyarakat dalam mengembeling sikap melindungi alam sekitar (82.8%), dan peranan pendidikan nilai murni agama dan moral terhadap alam sekitar (60.3%). Dapatan ini menunjukkan potensi instrumen moral dalam melestarikan pengurusan sumber alam khususnya sumber air di Sungai Me laka
  • 关键词:instrumen moral; kelestarian sumber air; pendidikan alam sekitar; pengurusan sumber air; sumber alam; ; sumber air
国家哲学社会科学文献中心版权所有