标题:Politik pilihan raya dan partisipasi politik Orang Ulu di Negeri Sarawak [Electoral politics and political participation of the Orang Ulu in Sarawak]
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2014
卷号:10
期号:5
页码:135-147
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Orang Ulu merupakan komuniti minoriti di Sarawak yang mempunyai adat resam dan budaya yang unik dan menarik. Dari sudut lokasi geografi pilihan raya, majoriti mereka tinggal dan sebagai pengundi di 4 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak iaitu Belaga, Ba'kelalan, Telang Usan dan Batu Danau yang berkedudukan di bahagian tengah, timur dan utara pedalaman Sarawak. Faktor keterpencilan dan tidak terdedah dengan arus pemodenan menyebabkan pandangan politik mereka jarang kedengaran dan terpinggir. Namun demikian, golongan muda Orang Ulu yang berpelajaran serta berhijrah dari perkampungan asal mereka telah mula merubah pemikiran seterusnya cuba beradaptasi dengan majoriti masyarakat luar yang berfikiran terbuka. Justeru, adalah menjadi tujuan artikel ini untuk menganalisis politik Orang Ulu dari sudut partisipasi dan persepsi mereka ketika pilihan raya DUN Sarawak 2011. Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian di lapangan menunjukkan bahawa 83.8 peratus menyatakan gagasan "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" disokong, dihayati dan dimanifestasikan oleh pengundi. Dari aspek governans pula, 68.8 peratus responden menyatakan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk wakil rakyat dan Menteri adalah baik dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan dan dasar/pembaharuan yang dilakukan oleh kepimpinan Perdana Menteri dalam memantapkan pembangunan negara terus mendapat sokongan rakyat. Dari sudut tingkahlaku politik, jika dilihat kepada status pendaftaran sebagai pemilih/pengundi, 78.0 peratus menyatakan mereka sudah mendaftar sebagai pemilih. Seterusnya, 5.0 peratus menyatakan mereka menganggotai parti politik PBB, 13.8 peratus menyertai SPDP, 8.8 peratus merupakan ahli PRS, 3.8 peratus menjadi ahli SNAP dan 5.0 peratus merupakan ahli PKR dan 63.8 peratus menyatakan tidak menyertai mana mana parti politik. Responden menjangkakan BN akan berjaya mengekalkan pemerintahan di Sarawak
其他摘要:Orang Ulu is a minority community in Sarawak with unique customs and culture. In terms of electoral geographic location the majority of them live as voters in Sarawak's four areas of the State Legislative Assembly (DUN), namely, Belaga Ba'kelalan, Telang Usan and Batu Danau representing respectively the central, eastern and northern interiors of the state. Remoteness and lack of exposure to modernization had resulted in a relative marginalization of their political views .However, young and educated Orang Ulu who had migrated from their original villages have begun to change and adapt their way of thinking to that of the larger , more exposed rural communities. Hence, the purpose of this article is to analyze the recent patterns and dynamics of the Orang Ulu political perception and participation as revealed in the 2011 state election. Results of field questionnaires and observations conducted for this study indicated that 83.8 per cent of the sampled Orang Ulu professed their support and internalization of the BN political battle cry "1 Malaysia: People First, Performance Now". In terms of governance, 68.8 percent of them perceived that all elected representatives and ministers had satisfactorily fulfilled their Key Performance Indicator (KPI) requirements, hence their continued support for the the Prime Minister's leadership in strengthening the development of the country. In terms of political behaviour, 78.0 percent of the sampled Orang Ulu said they had registered as voters with five perc ent of them identifying themselves as PBB members, 13.8 percent SPDP, 8.8 percent PRS, 3.8 percent SNAP and 5.0 percent PKR . This left 63.8 percent of them declaring their nonmembership of any political party who, nevertheless, expected the rule of BN to continue in Sarawak for the foreseeable future
关键词:governans; komuniti Orang Ulu; partisipasi politik; persepsi pengundi; politik pilihanraya; tingkahlaku ; politik
其他关键词:electoral politics; governance; Orang Ulu community; political behavior; political participation; voter perception