标题:Mitos dan legenda sebagai produk pelancongan di Malaysia: Kajian kes Lembah Lenggong [Myths and legends as Malaysian tourism products: A case study of Lenggong Valley]
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2014
卷号:10
期号:5
页码:168-179
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Setiap tempat mempunyai legenda dan mitos yang tersendiri. Ada yang menarik dan terus disebarkan, namun ada juga yang sudah dilupakan. Unsur mitos dan legenda yang menarik, jika dipakejkan berupaya menambah daya saing sesuatu destinasi pelancongan. Artikel ini membincangkan kesesuaian membangunkan unsur mitos dan kisah legenda setempat sebagai produk pelanco ngan budaya menggunakan Lembah Lenggong sebagai kes kajian. Lembah Lenggong yang telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO memiliki beberapa mitos dan legenda yang berupaya menjadi tarikan pelancong. Menggunakan data sekunder dan primer yang diperolehi melalui pemerhatian dan temu bual berstruktur, mitos dan legenda Lembah Lenggong telah dikenal pasti dan dianalisis. Antaranya termasuklah kisah Gua Puteri, Batu Puteri @ Batu Gajah dan asal usul nama Lenggong. Mitos dan legenda ini berserta empat mitos daripada komuniti Orang Asli suku Lanoh didapati berpotensi untuk dipakejkan menjadi produk pelancongan di Lembah Lenggong. Langkah membangunkan unsur mitos dan legenda tersebut melalui usaha pemeliharaan artifak, pendokumentasian dan menganimasikan wajar dilakukan segera agar ia dapat kekal menjadi tarikan pelancong di Lembah Lenggong pada masa hadapan
其他摘要:Certain places have their own legends and myths. Some are exciting and continue to prevail while others are already forgotten. Those attractive elements of myths and legends, if properly packaged are capable of enhancing the co mpetiveness of a tourist destinatio n. This article discusses the appropriateness of developing elements of local myths and legends as cultural tourism products using the Lenggong Valley, a UNESCO world heritage site as a case study. The valley has several myths and legends which are capable of becoming tourist attractions. Using secondary and primary data obtained through observation and a structured field interview, the myths and legends in Lenggong Valley were identified and analysed including the story of Princess Cave, Rock Princess @ Batu Gajah and the origin of the Lenggong name . These myths and legends together with the four myths of the aboriginal people of Lanoh may be packaged into tourism products in Lenggong Valley. Steps to develop the elements of myth and legend in the valley may include the preservation of artifacts, and the immediate documention and animation o f the myths and legends as tourist attractions