期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2015
卷号:11
期号:1
页码:62-72
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah di peringkat antarabangsa merupakan masalah yang sering dikaitankan dengan jenayah berkumpulan yang mempunyai jaringan kerjasama antarabangsa. Malaysia tidak terkecuali dari ancaman sindiket dadah, yang semakin berleluasa sejak wujudnya kemudahan internet di merata dunia. Justeru itu, kertas kerja ini mengkaji kenapakah golongan juvenil terdedah dan rencam sebagai mangsa dadah sehingga mereka terjebak sebagai pesalah jenayah juvana dalam usia yang muda. Dengan menggunakan pendekatan teori neoliberalisme bagi panduan untuk menjelaskan dan menganalisis isu penglibatan juvenil dalam pengedaran dadah di Malaysia. Data primer dikumpul melalui analisis dokumen, temu bual, observasi dan perbincangan kumpulan terfokus . Manakala kajian kes pula, satu sesi temu bual telah dilakukan ke atas responden yang merupakan pesalah Juvana terpilih. Dapatan kajian menunjukkan Peranan yang dimainkan oleh sindiket adalah dalam merekrut golongan juvenil sebagai pengedar dan juga untuk mengikat golongan Juvana ini daripada menjauhkan diri dari pihak sindiket setelah mereka bebas dari tahanan kelak. Dengan mewujudkan satu dasar yang lebih manjur dan sistematik seperti konsep keselamatan sosial diwujudkan bagi menangani ancaman terhadap juvenil diharap golongan ini dapat menyumbang terhadap pembangunan dan keselamatan negara pada masa hadapan
其他摘要:The issue of international drug abuse and illicit drug trafficking is a problem that is often associated with transnational organised crimes. Malaysia is of no exception where the threat from drug syndicates has become more prevalent especially since the existence of the internet facilities all over the world. This paper examines the reasons why juveniles are exposed to illicit drugs, vulnerable to fall victims of these substances , and risk being caught as Juvana offenders. Applying neolib e ralism theoretical approach, this study collected primary data through document analysis, case studies, and in-depth interviews of selected Juvana offenders. The findings revealed the roles of the syndicates in recruiting juveniles as traffickers as well as in preventing them from staying away from the syndicate after being released from detention. It is envisaged that by formulating a more effective and systematic policy based on empirical findings, the threat to juveniles from illicit drug traffickers can be addressed accordingly and will in turn enable them to further contribute to the development and security of the country