首页    期刊浏览 2024年09月16日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kualiti udara dalam bangunan di bangunan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Indoor air quality: The case of the Biology Sciences Building, Faculty of Science And Technology, National University of Malaysia)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Sytty Mazian Mazlan ; Ainon Hamzah ; Mastura Mahmud
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2015
  • 卷号:11
  • 期号:1
  • 页码:87-96
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kualiti udara dalaman adalah satu istilah yang merujuk kepada kualiti udara di dalam dan di sekitar bangunan dan struktur di mana ia amat berkaitan dengan kesihatan dan keselesaan orang yang berada di dalam bangunan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kualiti udara dalaman pada beberapa makmal di Bangunan Sains Biologi, Fakulti dan Teknologi, UKM di samping dalam mengenal pasti spesis bakteria dan kulat yang hadir serta mengkaji pandangan pengguna tentang kualiti udara dalaman. Pencerapan dilakukan dengan mengukur kepekatan karbon dioksida, suhu dan kelembapan relatif di makmal pada sesi petang dan malam, bilangan bakteria dan kulat di dalam udara dengan mendedahkan piring petri di dalam persekitaran makmal, pengenalpastian genus bakteria dan kulat melalui ujian biokimia dan kit komersial. Di samping itu, satu soalselidik dibentuk untuk mengkaji pandangan pengguna Bangunan Sains Biologi tentang kualiti udara dalaman tempat kerja mereka. Hasil kajian mendapati tahap kepekatan karbon dioksida, suhu dan kelembapan relatif bagi kebanyakan stesen persampelan adalah mengikut piawaian yang dicadangkan oleh pihak DOSH. Hanya purata suhu dan kelembapan relatif di empat iaitu Makmal Pembelajaran Biokimia, Makmal Sains Sekitaran, Makmal Fikologi dan Biologi Akuatik dan Makmal Mikrobiologi Persekitaran menunjukkan bacaan yang tinggi sedikit daripada piawaian dan garis panduan yang disarankan oleh DOSH. Pengenalpastian spesis bakteria dan kulat yang dilakukan di kesemua stesen persampelan mendapati kehadiran spesis bakteria Bacillus cereus, Bacillus laterosporus, Bacillus sphaericus, Micrococcus luteus, Staphylococcus aureus, Staphylococcus epidermis, Enterobacter cloacae, Pseudomonas fluarescens, Pseudomonas stuzeri dan Aeromonas hydrophila serta spesis kulat Aspergillus niger, Aspergillus nidulans, Penicillium digitatum dan Fusarium dimerum. Selanjutnya, hasil soalselidik mendapati hampir keseluruhan responden (96.8%) menyatakan tahap keselesaan serta kesihatan mereka semasa berada di dalam bangunan adalah baik manakala sistem ventilasi bangunan berada pada tahap yang memuaskan. Tahap kesedaran kebanyakan responden mengenai kepentingan kualiti udara dalaman pula adalah pada tahap sederhana. Antara cadangan bagi meningkatkan kualiti udara dalaman yang diperolehi daripada kajian ini ialah memastikan sistem penghawa dingin beroperasi dengan baik dan meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan kualiti udara dalaman di kalangan pekerja dan pelajar di Bangunan Sains Biologi
  • 其他摘要:Indoor air quality refers to the air quality in and around buildings and structures related to the health and comfort of those who are in the building. The objectives of this study were to determine the indoor air quality, to identify species of bacteria and fungi present in the room, and to investigate the consumer views on indoor air quality in BiologySciencesBuilding,FacultyofSciencesandTechnology,NationalUniversityofMalaysia.Thisstudymeasurestheconcentrationofcarbondioxide,temperatureandrelativehumidityinthelaboratoryintheafternoonandatnight.Thenumberofbacteriaandfungiintheairwasdeterminedbyexposingapetridishinalaboratorysettingandbybiochemicaltests.AquestionnairedesignedtostudytheBiologySciencesBuildingwasadministeredtothebuildinguserstogaugetheirviewsonindoorairquality.Theresultsrevealedthatcarbondioxideconcentration,temperature,andrelativehumidityformostofthesamplingstationswereinaccordancewiththestandardssetbytheDOSH.OnlyaveragetemperaturesandrelativehumidityattheLearningLabBiochemistry,EnvironmentalScienceLaboratory,theLaboratoryPsychologyandAquaticBiology,andtheEnvironmentalMicrobiologyLaboratoryshowedslightlyhigherreadingscomparedtothosebyDOSH.BacteriaandfungiidentificationprocedurescarriedoutatallsamplingstationsshowedthepresenceofBacilluscereus,Bacilluslaterosporus,Bacillussphaericus,Micrococcusluteus,Staphylococcusaureus,Staphylococcusepidermis,Enterobactercloacae,Pseudomonasfluarescens,PseudomonasstuzeriandAeromonashydrophila,Aspergillusniger,Aspergillusnidulans,PenicilliumdigitatumandFusariumdimerum.Furthermore,thesurveyshowedthatalmostallrespondentsindicatedrespectivelyagoodandasatisfactorylevelofcomfortandhealthwhileinthebuildingandwithregardtothebuildingventilatingsystem.Users'awarenessoftheimportanceofindoorairqualitywasfoundtobemoderate.Inconclusion,toimproveindoorairqualitytheairconditioningsystemmustbeoperatedproperly,andworkersandstudentsusingtheBiologicalSciencesBuildingmustincreasetheirawarenessoftheimportanceofindoorairquality
  • 关键词:bakteri; ; karbon ; dioksida; ; kelemb apan ; relatif; ; kualiti ; udara ; dalaman; ; ku ; l ; at; ; suhu
  • 其他关键词:bacteria; ; carbon ; dioxide; ; fungi; ; i ; n ; door ; air ; quality; ; relative ; humidity; ; temperature
国家哲学社会科学文献中心版权所有