标题:RESEARCH NOTE Pengaruh sosio-ekonomi terhadap pemilikan kenderaan di Kota Kinabalu Sabah (The socio-economic influence on vehicle ownership in Kota Kinabalu, Sabah)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2015
卷号:11
期号:1
页码:158-171
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian adalah salah satu cabaran utama dalam pembangunan sistem pengangkutan yang mampan. U ntuk menilai keberkesanan dasar , adalah perlu untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku pemilikan kenderaan persendirian. Kertas ini memperincikan pengaruh sosio-ekonomi isi rumah terhadap pemilikan kenderaan persendirian berdasarkan dapatan kaji selidik di lapangan yang melibatkan 988 responden di pusat bandaraya Kota Kinabalu. Data kajian dianalisis dengan ujian Khi Kuasa Dua dan Regresi Logistik . Ujian-ujian statistik ini menunjukkan pengguna yang bekerja sepenuh masa, umur dewasa, pendapatan RM2000 keatas, berkahwin serta pasangan hidupnya bekerja berpotensi tinggi memiliki kenderaan persendirian. Sebaliknya pengangkutan awam digunakan kebanyakannya oleh pengguna yang remaja, tidak bekerja (pelajar atau surirumah) atau yang bekerja separuh masa, berpendapatan RM800 kebawah dan masih bujang. Namun sasaran ini berpotensi berpindah kepada kenderaan persendirian sekiranya terdapat perubahan dalam kehidupan sosioekonomi mereka. Ini bermakna individu yang stabil sumber kewangannya dan berkeluarga adalah lebih cenderung menggunakan kenderaan persendirian berbanding pengangkutan awam. Penemuan terperinci begini dapat membantu pihak berkuasa dalam perancangan polisinya terhadap pemilikan kenderaan di Kota Kinabalu pada masa hadapan
其他摘要:Reducing private car dependency is one of the main challenges in the development of a sustainable transportation system. To help enhancing policy effectiveness it is necessary to understand the factors that actually influence private car ownership. This paper details the socio-economic factors of private car ownership based on the findings of a field survey of 988 respondents in the Kota Kinabalu city. Data were analyzed using the Chi square test and logistic regression. The statistical analyses revealed that respondents who were adults, having stable , full time employment which fetched them a monthly income of RM2000 and above, and married to a working spouse would favour private car ownership. By contrast, youths (such as students), unemployed or semi-employed respondents ( such as housewive), unmarried people and those earning below RM800 monthly would favour public tranports.Nevertheless,thislattergroupwouldturntofavourprivecarownershipifandwhentheirsocio-economicconditiondimproved.ThesedetailswouldfacilitateKotaKinabaluauthoritiesinfine-tuningtheirplanningpolicieswithrespecttovehicleownershipinthecity'soveralltransportationsystem