标题:Mengurus keselamatan Malaysia: Peranan program pembangunan kepimpinan dalam meningkatkan prestasi kerja pemimpin tentera (Managing Malaysia’s security: The role of leadership development programme in enhancing military leaders’ job performance)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2015
卷号:11
期号:3
页码:111-122
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Program pembangunan kepimpinan (PPK) dianggap sebagai satu isu yang strategik dalam bidang pembangunan dan pengurusan modal insan . Dalam konteks organisasi, kebanyakan majikan telah mengambil inisiatif untuk mengubah paradigma program latihan kepimpinan daripada pendekatan tradisional yang berasaskan kerja kepada pendekatan kontemporari yang berasaskan matlamat, budaya dan strategi organisasi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur perhubungan di antara program pembangunan kepimpinan dan prestasi kerja pemimpin. Kaedah kaji selidik telah digunakan untuk menggumpul data daripada para pemimpin kor infantri di Malaysia. Keputusan pengujian hipotesis mengunakan model laluan Smart Partial Least Sq uares (SmartPLS) mengesahkan bahawa peranan jurulatih dan sokongan pengurusan berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada prestasi kerja pemimpin tentera. Manakala, kandungan kursus tidak berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada prestasi kerja pemimpin tentera di organisasi kajian
关键词:kandungan kursus; kepimpinan; peranan jurulatih; prestasi kerja pemimpin tentera; SmartPLS; ; sokongan pengawai atasan