首页    期刊浏览 2024年11月08日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Hubungkaitan intensiti hujan dengan suhu kecerahan awan menerusi aplikasi maklumat satelit geo-pegun MTSAT-IR (Relationship between rainfall intensity and cloud brightness temperature measured through MTSAT-IR geo-stationary satellite application)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Noorazuan Md Hashim ; Yaakob Mohd Jani
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2015
  • 卷号:11
  • 期号:4
  • 页码:1-9
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Maklumat tentang intensiti hujan dari stesen cerapan hujan sangat berguna bagi tujuan peramalan. Penggunaan kaedah gema radar bagi menganggar curahan hujan mempunyai kelemahan tersendiri terutamanya terhadap batasan wilayah jangkauannya yang terhad serta aspek teknikal khususnya aspek kalibrasi peralatan yang memerlukan kepakaran dan kos yang tinggi. Artikel ini menganalisis hubungan antara suhu kecerahan awan berdasarkan maklumat inframerah satelit geo-pegun MTSAT dengan intensiti hujan di permukaan bumi. Pemilihan satelit geo- pegun MTSAT dilakukan memandangkan kekerapan imej secara temporal yang sangat mencukupi (24 imej/hari) serta resolusi spatialnya yang sederhana (4 km/piksel). Kajian awalan ini telah menunjukkan bahawa makl umat suhu kecerahan awan daripada kedua-dua jalur inframerah dan wap air MTSAT-IR berupaya dalam menganggarkan intensiti hujan dalam tempo h kajian yang dilakukan. Bagaimanapun, terdapat banyak usaha yang perlu dilakukan sebelum pembentukan model anggaran hujan berdasarkan maklumat imej satelit MTSAT-IR yang mempunyai tahap kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi
  • 关键词:hujan; intensiti hujan; kumulonimbus; MTSAT-IR; satelit geo-pegun; suhu kecerahan awan
国家哲学社会科学文献中心版权所有