首页    期刊浏览 2024年11月23日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Keperkasaan pekebun kecil kelapa sawit Bidayuh: Kajian kes di Daerah Serian, Sarawak (The empowerment of the Bidayuh oil palm smallholders: A case study of the Serian District, Sarawak)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Novel Lyndon ; Nurmahfuzah Razak
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2015
  • 卷号:11
  • 期号:6
  • 页码:36-46
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pemerkasaan wujud dan diserapkan dalam diri manusia sebagai dorongan untuk memperbaiki diri mereka melalui potensi, pertumbuhan kekuasaan dan autoriti yang dimiliki. Kejayaan pemerkasaan akan meningkatkan daya saing dan mengurangkan tahap kebergantungan komuniti dan individu terhadap kerajaan. Justeru itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti peranan MPOB (Malaysia Palm Oil Board) sebagai agensi pembangunan yang bertanggungjawab memperkasakan komuniti Bidayuh luar bandar dan jenis-jenis keperkasaan yang telah terhasil dalam komuniti Bidayuh luar bandar. Kajian ini menggunakan paradigma penyelidikan fenomenologi yang memfokuskan kepada pemahaman dan penceritaan 16 orang pekebun kecil komuniti Bidayuh luar bandar di Daerah Serian, Sarawak tentang bagaimana keperkasaan mereka terhasil. Sampel kajian ini dipilih menggunakan pensampelan bertujuan dan pensampelan bola salji. Hasil kajian mendapati peranan MPOB terdiri daripada perkongsian maklumat berkenaan tanaman kelapa sawit, bantuan teknikal, khidmat nasihat dan kepakaran, menyediakan bantuan biji benih, baja dan racun serta aspek pemasaran. Manakala, jenis-jenis keperkasaan yang telah terbina terdiri daripada keperkasaan individu, teknikal, komunikasi dan pemasaran hasil kelapa sawit. Kesimpulannya, pihak MPOB hanya berperanan sebagai agen dalam memperkasakan komuniti Bidayuh dalam satu struktur dan struktur ini dikawal oleh agensi melalui pendekatan atas ke bawah
  • 其他摘要:Empowerment is an impetus for people to improve themselves through an effective exploitation of their growth and authority potentials . The success of empowerment will improve competitiveness and reduce the level of dependence of communities and individuals on state aid. This study examines the role of MPOB (Malaysian Palm Oil Board) as an agenc y of development that is responsible for the empowerment of the Bidayuh rural communities. It adopted a phenomenological approach that focused on understanding and storytelling of 16 Bidayuh smallholders in the District of Serian, Sarawak regarding their empowerment by the MPOB. The study found that the role of MPOB consisted of owning shares in the oil palm plantation, availing of technical assistance, marketing advisory services and expertise, seeds, fertilizers and pesticides. This means that the empowerment constructs for the Bidayuh comprised individual empowerment, and technical, communication and marketing aspects of the oil palm enterprise. In conclusion, the MPOB only acted as an agent in the structural empowerment of the Bidayuh community and t his structure was controlled by the agency through a top-down mechanism
  • 关键词:etnik Bidayuh; keperkasaan; keperkasaan atas-ke bawah; pekebun kecil; pembangunan komuniti; ; Sarawak
  • 其他关键词:Bidayuh ethnic; community development; empowerment; Sarawak; smallholders; top-down ; empowerment
国家哲学社会科学文献中心版权所有