期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2015
卷号:11
期号:6
页码:98-108
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Air merupakan sumber alam semula jadi. Keaslian air telah mewujudkan pelbagai ekosistem yang menghubungkan antara benda hidup dan benda bukan hidup yang berga ntung antara satu sama lain. Artikel ini bertujuan mengulas ciri ciri sistem sumber air dari perspektif kualitinya. Ciri ciri fizikal air yang sangat unik telah menjadikan air sebagai pelarut yang universal. Namun, perubahan masa dan ruang yang sangat pantas menyebabkan manusia yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi sumber ini semakin lupa diri. Aktiviti manusia ya ng dijalankan tanpa batasan tela h menyebabka n pencemaran air, iaitu percampuran antara bendasing dengan air be rsih. Pencemaran air ini boleh dikaji dan dinilai melalui tiga parameter utama, iaitu parameter fizikal, parameter kimia, dan parameter biologi, serta pence mara n logam berat. Punca utama pence maran air boleh dikategorikan kepada pencemar organik, pence mar bukan organik, pencemar toksik, pencemar kimo fizikal, dan pence mar mikrob. Pencemaran air boleh memberikan impak ne gatif kepada kesihatan, kepupusan hidupan akuatik, dan menjejaskan faktor fa ktor lain. Oleh itu, manusia perlu mengamalkan sikap memulihara dan me melihara sumber air semula jadi ini melalui pengurangan faktor penyumbang pencemaran air, mengitarkan semula air tercemar, dan mengekalkan kualiti sumber air daripada terus 'hilang' daripada permukaan bumi ini
其他摘要:Water is a natural resource. The pure water has created a variety of ecosystems where living and non living beings are connected in complex interdepencies. This review points to three main parameters of water quality pollution, name ly physical, chemical and biological (including heacy metal contamination) parame ters. It analyses the organic, inorganic, toxic, che mo physical and microbial conta minants and explains how they might impact on health and aquatic life. Finallly, it analyses water conservation and preservation measures through reduced water pollution factors, rec ycled contaminated water, and preserved quality maintenance of water resources before they 'disappear'
关键词:ekosistem; impak negatif; memelihara; memulihara; pelarut universal; pencemaran air
其他关键词:conservation; ecosystems; negative impacts; preservation; universal solvent; wa ter pollution