首页    期刊浏览 2024年10月07日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Geografi, kemiskinan dan wanita kurang upaya di Malaysia (Geography, poverty and Malaysian disabled women)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Aizan Sofia Amin ; Jamiah Manap
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2015
  • 卷号:11
  • 期号:7
  • 页码:82-91
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Sebagai sebuah negara pascakolonial yang sedang membangun, Malaysia telah mengalami transformasi dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) semenjak zaman sebelum merdeka. Walaupun kerajaan telah membangunkan dasar, polisi dan kemudahan untuk OKU, sehingga kini masih ramai daripada mereka tidak dapat menyertai masyarakat secara penuh akibat daripada pelbagai halangan persekitaran dan sikap masyarakat. Sebuah kajian kualitatif yang dijalankan ke atas 33 wanita kurang upaya fizikal di Malaysia mendapati bahawa, majoriti daripada peserta penyelidikan berasal daripada kawasan luar bandar dan faktor geografi menjadi isu utama dalam mendapatkan akses kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan pekerjaan. Kertas ini membincangkan bagaimana faktor geografi, kemiskinan dan ketidakupayaan mempunyai perkaitan yang rapat dalam kehidupan OKU. Kajian ini menunjukkan kebanyakan wanita OKU yang ditemu bual lahir dalam keluarga luar bandar yang berpendapatan rendah dan hidup dalam kemiskinan semasa kecil. Ketiadaan sumber kewangan dan pengangkutan menyebabkan sebahagian daripada mereka mempunyai akses yang sangat terhad kepada rawatan kesihatan yang terletak di kawasan bandar. Bagi mereka yang mendapat simptom penyakit ataupun kecederaan, limitasi kewangan dan geografi ini telah menyebabkan mereka tidak mendapat rawatan perubatan awal dan akibatnya menjadi kurang upaya kekal. Setelah menjadi kurang upaya fizikal, mereka terpaksa berhadapan dengan halangan persekitaran dalam mendapatkan akses kepada pendidikan formal. Akibatnya sebahagian daripada mereka tidak dapat meneruskan pengajian dan mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Implikasinya mereka sukar untuk mendapat peluang pekerjaan dan terdedah kepada risiko kemiskinan. Justeru, akses kepada kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan dan bangunan terutamanya di kawasan luar bandar perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan risiko ketidakupayaan kekal dan membolehkan golongan OKU dapat berdikari serta memberi sumbangan kepada komuniti secara optimum
  • 其他摘要:As a post-colonial developing country, Malaysia has undergone significant improvements and transformations in disability welfare. Although the Malaysian government has implemented substantial disability provisions, policies and facilities, many disabled people still encounter serious environmental and attitudinal barriers. A full qualitative research was conducted involving 33 Malaysian women with physical impairment. The study found that the majority of participants came from rural areas and had limited access to healthcare, education and employment because of geographical factors. The majority of the disabled women interviewed were born to low-income rural families and many of them lived in poverty. Financial and transportation constraints had prevented them from getting access to healthcare services in the cities. Those with disease or injury were unable to get early treatment due to the geographical and financial limitation which rendered them to be permanently disabled. Already physically impaired, they encountered environmental barriers in getting access to formal education. As a result some of them were unable to continue schooling and had to settle with low education which further restricted their employment opportunities and chance to break away from poverty. It thus goes without saying that access to healthcare, public transport, education and public buildings in rural areas has to be improved to help these disabled women to share effectively in the everyday life of the community
  • 关键词:geografi; halangan kemiskinan; kesejahteraan luar bandar; ketidakupayaan fizikal; persekitaran; Wanita;Kurang Upaya (WKU)
  • 其他关键词:disabled women; environmental barriers; geography; physical disability; poverty; rural wellbeing
国家哲学社会科学文献中心版权所有