标题:Kehidupan kelas menengah Malaysia: Satu kajian kes mengenai corak perbelanjaan guru dalam pemilikan aset dan pelaburan kewangan (Middle class life in Malaysia: A case study of teachers’ spending patterns on asset ownership and financial investment)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2015
卷号:11
期号:11
页码:1-13
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Perancangan kewangan penting untuk memastikan kehidupan pada masa kini dan hadapan dapat diurus dengan baik. Bagi kumpulan berpendapatan tetap yang terdiri dari kelompok berpendapatan sederhana dan tinggi, perbelanjaan perlu diuruskan secara berhemah bagi mengimbangi kekangan dan bebanan yang dihadapi. Sehubungan itu, kajian ini cuba untuk mengenalpasti corak perbelanjaan pendapatan tetap diperoleh oleh guru-guru terhadap beberapa jenis pemilikan aset. Antaranya ialah aset kediaman, kenderaan, pelaburan serta insurans. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat kajian. Seramai 812 orang guru terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan hasil analisis, motif mendiami sendiri didapati lebih dominan berbanding sewaan dalam pemilikan aset kediaman pertama. Dalam kes pelaburan pula, didapati pilihan jangka masa melabur adalah antara lima hingga 10 tahun, manakala 18 peratus guru mempunyai pelan insuran untuk diri dan pendidikan anak-anak. Hasil kajian ini menunjukkan perolehan pendapatan tetap dan terjamin memberi kelebihan dalam membuat perancangan kewangan yang baik
其他摘要:Financial planning is essential for proper life management. For the middle class , permanent and regular incomes provide both the opportunities and challenges in spending management . The opportunities refer to saving and possibilities while the challenges pertain to the imperative of efficient financial management to balance things up. This study took a closer look at the spending patterns of 812 Malaysian teachers with respect to asset acquisition and financial investment such as property assets, vehicles, investments and insurances. The primary data were obtained through questionnaire surveys. Based on the analysis, the motive of residing was more dominant than renting for first property ownership. In the case of investment, it was found that the preferred investment period ranged from 5 to10 years with 18 percent of the teachers subscribing to life insurances and children education plans. The findings suggest that earning permanent and secured income gives the middle class real advantage for better financial planning