摘要:Di dalam strategi periklanan produk kecantikan di Jepun, dengan keistimewaan, keunikan dan kelebihan memiliki tiga jenis ortografi utama, iaitu kanji, hiragana, katakana dan termasuklah alfabet Roman dalam sistem penulisan bahasa Jepun, pewacana telah memanfaatkan semaksimum dan sekreatif mungkin ortografi-ortografi tersebut dalam menghasilkan sesuatu wacana iklan. Makalah ini membincangkan mekanisme ortografi multigrafik yang memanifestasikan nilai oksidentalisasi dalam 24 teks iklan kajian. Daripada analisis dan interpretasi, nilai oksidentalisasi ini bukan sahaja dijelmakan dalam pelbagai bentuk kata serapan asing, seperti bahasa Inggeris, Perancis dan Itali yang berbentuk multilingual" malah dalam bentuk "multigrafik" dengan memanfaatkan empat bentuk ortografi yang setiap satunya mempunyai ciri grafik yang berbeza, iaitu hiragana, katakana, kanji dan alfabet Roman. Pemanfaatan multilingual dalam bentuk ortografi multigrafik dalam wacana iklan ini bukan sahaja bertindak sebagai corak, hiasan, penekanan dan sentuhan imej luar bagi menonjolkan kelainan untuk meraih perhatian khalayak, tetapi memberikan imej dan atmosfera yang berprestij, simbol kepada kemodenan, mudah menembusi pasaran antarabangsa dan lebih kompetitif. Kehadiran kata serapan asing khususnya bahasa Inggeris dalam bentuk ortografi katakana dan alfabet Roman, memberikan aura dan suasana yang "segar," eufemisme, lebih versatil, bergaya, mengikut peredaran semasa (fashionable), kebolehpercayaan saintifik dan futuristik, serta yang lebih utama "pelengkap" kepada sistem penulisan bahasa Jepun itu sendiri
关键词:ortografi multigrafik; kata serapan asing; wacana iklan; produk kecantikan; ; bahasa Jepun