摘要:Artikel ini menganalisis pertikaian tarian pendet tahun 2009 yang telah meningkatkan ketegangan dalam hubungan Indonesia-Malaysia. Dengan menggunakan perspektif realisme dalam kajian hubungan antarabangsa, artikel ini membentangkan hujah-hujah dalam tiga bahagian: (1) analisis senario pertikaian tarian pendet, (2) faktor-faktor yang mempengaruhi isu tersebut, dan (3) kesannya ke atas hubungan Indonesia-Malaysia. Walaupun isu atau kontroversi tarian pendet ini mendapat perhatian di kedua-dua negara, reaksi sesetengah pihak di Indonesia dilihat agak melampau berbanding dengan reaksi di Malaysia. Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh hakikat bahawa pertikaian tarian pendet berlaku di tengah-tengah senario persaingan politik dalaman pasca pilihan raya presiden 2009 di Indonesia. Akibatnya, sentimen anti-Malaysia telah dieksploitasikan di Indonesia. Walau demikian, hubungan kerajaan dengan kerajaan kekal stabil, meskipun hubungan rakyat dengan rakyat terjejas, justeru menambah lagi titik yang tidak menyenangkan dalam sejarah kedua-dua negara.
关键词:etnik; ketegangan budaya; tarian pendet; media; hubungan Indonesia-Malaysia