标题:Persepsi Pelajar Prasiswazah Program Pengajian Bahasa Inggeris Mengenai Kecekapan Kendiri dalam Kemahiran Kebolehgajian dalam Sektor Pekerjaan Self-Perceived Competence of English Language Undergraduates on Employability Skills at the Workplace
摘要:Segulung ijazah tidak boleh dianggap sebagai pasport untuk bekerja di pasaran kerja global yang sentiasa berubah dan berdaya saing. Hal ini terbukti dengan peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan graduan, terutamanya graduan institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Adakah ini disebabkan oleh pasaran kerja yang semakin berdaya saing atau disebabkan oleh kualiti para pencari kerja dan graduan semasa yang tidak memenuhi permintaan pasaran kerja? Oleh itu, makalah ini akan melaporkan hasil kajian mengenai kebolehgajian pelajar prasiswazah, yang bertujuan untuk mengetahui sama ada kursus-kursus yang ditawarkan di universiti boleh melengkapkan pelajar prasiswazah dengan kemampuan dan sikap yang sepatutnya untuk bersaing dalam pasaran kerja ataupun sebaliknya. Adakah mereka mempunyai kemahiran komunikasi, kemahiran literasi, dan asas dalam penyelidikan, serta pengetahuan yang diperlukan untuk memenuhi kehendak bakal majikan? Seramai tujuh prasiswazah tahun akhir berkongsi persepsi mereka tentang kecekapan dari segi kemahiran kebolehgajian mereka melalui sesi temu bual. Makalah ini juga melaporkan beberapa pandangan positif yang dikongsi oleh mereka serta memberi beberapa cadangan untuk memperbaiki dan mengintegrasikan kemahiran kebolehgajian dalam kursus pengajian ijazah sarjana muda untuk pengetahuan akademik dan praktikal pelajar prasiswazah
关键词:kebolehgajian; kebolehpasaran; graduan; celik komunikasi dan bertulis; pengetahuan dan kemahiran penyelidikan