标题:Sains Sosial dan Kajian Pembangunan: Kumpulan Rencana Penghormatan untuk Profesor Abdul Rahman Embong oleh Chin Yee Whah, Nor Hayati Sa'at dan Sity Daud (peny.). Kajang dan Bangi: Persatuan Sains Sosial Malaysia & Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, 2014, 409 halaman.
摘要:Buku festschrift ini adalah satu kumpulan artikel yang ditulis sebagai satu penghormatan intelektual kepada Profesor Emeritus Abdul Rahman Embong oleh rakan-rakan akademik dan sebilangan besar bekas pelajar doktor falsafah beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kumpulan rencana ini menyentuh tema-tema yang membayangkan keprihatinan dan kecenderungan intelek profesor berkenaan iaitu ilmu pengetahuan, pembangunan, kelas sosial, keterpinggiran, etnisiti dan pembinaan negara.