首页    期刊浏览 2024年09月07日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Perlaksanaan Customary Tenure Enactment (CTE) Zaman Kolonial dan Kesannya ke Atas Pentadbiran Tanah Adat di Negeri Sembilan (1921–1940)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Azwan Syah Idris ; Nordin Hussin ; Ishak Yussof
  • 期刊名称:Kajian Malaysia
  • 印刷版ISSN:0127-4082
  • 电子版ISSN:2180-4273
  • 出版年度:2015
  • 卷号:33
  • 期号:1
  • 页码:67-92
  • 出版社:Universiti Sains Malaysia
  • 摘要:Kajian ini mengupas perlaksanaan Customary Tenure Enactment (CTE) di Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih. Penjajahan British ke Negeri Sembilan telah memberi perubahan seiring dengan keadaan ekonomi ketika itu dan antara tumpuan utama mereka ialah hal ehwal pengurusan tanah. Tanah adat merupakan aset penting bagi masyarakat adat yang menjadi kesinambungan kekuatan komuniti mereka. Menyedari hal ini, tahun 1909 menjadi permulaan kepada kewujudan CTE khusus bagi tanah adat yang digubal oleh British berdasarkan undang-undang tanah Adat Perpatih. CTE digubal bagi memastikan tanah adat tidak boleh dipindah milik kepada individu lain terutama bangsa asing. Setiap tanah adat akan ditanda customary land di dalam gerannya bagi menunjukkan tanah itu menjadi hak milik tetap dan tidak boleh dijual. Namun, jika customary land itu dibatalkan, tanah ini bebas ditukar milik. Hal ini menimbulkan persoalan iaitu sejauh manakah undang-undang ini berjaya melindungi tanah adat dan kefahaman masyarakat adat terhadap CTE. Objektif kajian ini bagi meneliti perubahan dan kesan CTE kepada masyarakat adat. Hasil kajian mendapati telah berlaku perubahan dan kesan kepada tanah adat. Memasuki tahun 1930-an hingga awal 1940-an pentadbiran British, perubahan mulai kelihatan kepada pemikiran masyarakat adat dengan terdapatnya kes-kes membatalkan tanda customary land bagi memudahkan urusan menjual tanah adat yang jelas tidak tepat berdasarkan matlamat asal CTE. Kewujudan CTE bagi melindungi tanah adat telah bertukar menjadi satu kemudahan bagi masyarakat adat menjual tanah mereka. Kelemahan yang terdapat dalam CTE tidak mampu melindungi tanah adat dan perubahan ekonomi telah mendatangkan kesan kepada pemikiran masyarakatnya
  • 关键词:masyarakat Adat Perpatih; tanah adat; kerajaan kolonial British; ; Customary Tenure Enactment (CTE)
国家哲学社会科学文献中心版权所有