摘要:Tujuan artikel ini adalah untuk membangunkan satu rangka kerja teori untuk menerangkan kejayaan kerjaya ahli akademik di universiti penyelidikan. Teori yang menjadi asas kepada kajian ini adalah model lanjutan Social Career Cognitive Theory, SCCT (Lent dan Brown, 2006). Kajian ini mendapati empat faktor yang mempunyai pengaruh berpotensi pada kejayaan kerjaya ahli akademik termasuk modal insan, personaliti, sokongan organisasi dan kesesuaian individu-persekitaran. Kajian ini juga mencadangkan bahawa perilaku proaktif berperanan sebagai pemboleh ubah pencelah. Di samping itu, artikel ini dapat memberi sumbangan terhadap teori dan praktis dalam pembangunan sumber manusia. Ia juga akan membantu penyelidik dan pengamal pembangunan sumber manusia dalam memahami isu-isu dan strategi pembangunan kerjaya terhadap organisasi dan perkembangan kerjaya ahli akademik di institusi pengajian tinggi
关键词:kerjaya; kejayaan kerjaya; universiti penyelidikan; akademik; ; Malaysia