摘要:Artikel ini membincangkan pengaruh gender terhadap pemilihan bidang Kejuruteraan dalam kalangan pelajar matrikulasi di Malaysia. Sampel terdiri daripada 496 orang pelajar matrikulasi yang sedang mengikutii pengajian sesi 2011/2012. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif. Instrumen soal selidik telah dibangunkan dan diedarkan kepada sampel untuk mendapatkan data yang diperlukan. Data yang dikumpul telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian Pakej Statistik Sains Sosial. Dapatan menunjukkan hanya 87 orang pelajar lelaki dan 83 orang pelajar perempuan sahaja yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan daripada jumlah asal sampel. Hasil analisis Ujian Crosstab menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifi kan antara pelajar lelaki dan perempuan dalam memilih bidang Kejuruteraan. Dapatan juga menunjukkan nilai purata dan sisihan piawai bagi kedua-dua jantina adalah hampir sama. Masing-masing memilih kesesuaian jiwa individu dengan program pengajian, reputasi universiti, peluang pekerjaan dan minat individu sebagai faktor-faktor yang mendorong mereka memilih universiti dan bidang Kejuruteraan di universiti.
其他摘要:The purpose of this article is to discuss about the infl uence of gender towards Malaysian matriculation students in choosing engineering course. A sample of 496 matriculation students who studied at local mtriculation college in 2010/2011 session was randomly choosen as the respondents. Quantitative method has been used as the research methodology. Hence, self developed questionnaire was distributed to the students. The data was collected and analysed by using Statistical Package of Social Science (SPSS) software. The result showed that only 87 male students and 83 female students were interested to pursue engineering course. Since the Crosstab analysis proved that there is unsignifi cant differences between male and female students, the mean and standard deviation value for both groups seems to be equal. Both groups choose the suitability of study program with their personality, career opportunities and interest are signifi cantly infl uenced them in choosing the university and engineering program.
关键词:Matrikulasi; gender; pengajian kejuruteraan; universiti; keputusan pelajar
其他关键词:Matriculation; gender; engineering course; university; students decisionh