摘要:Kajian ini bertujuan untuk menyelidik motif yang mempengaruhi penglibatan sukarelawan sukan institusi pengajian tinggi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti motif utama yang menyumbang kepada tahap kepuasan diri sukarelawan. Seramai 60 orang sukarelawan bagi Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT 2012) yang terdiri daripada 26 lelaki dan 34 perempuan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun telah dijadikan responden utama dalam penyelidikan ini. Bagi tujuan kajian ini, soal selidik yang diubah suai daripada Volunteer Function Inventory (VFI) oleh Clary et al. diguna pakai bagi menguji motif individu untuk menjadi sukarelawan melalui pendekatan Teori Fungsi. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara sukarelawan lelaki dan perempuan dari segi penglibatan yang bermotifkan nilai (t = 2.06, p < 0.05), dan pemahaman (t = 2.24, p < 0.05). Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa motif kerjaya, sosial, nilai, pemahaman, peningkatan dan perlindungan merupakan faktor yang menyumbang kepada tahap kepuasan sukarelawan. Aspek nilai (values) didapati merupakan faktor motivasi utama yang paling menyumbang kepada tahap kepuasan sukarelawan (t = 2.73, p < 0.05). Dapatan kajian ini bermanfaat dalam meningkatkan pemahaman terhadap tahap motivasi sukarelawan.
其他摘要:This study was designed to investigate the motives for volunteering in sports towards self satisfaction. A total of 60 Higher Education Institutions Games (SUKIPT 2012) volunteers among the students of the National University of Malaysia (UKM), which consists of 26 men and 34 women aged between 18 and 25 years were involved as the main respondents in this research. For the purposes of this study, the questionnaire was adapted from the Volunteer Function Inventory (VFI) by Clary et al. (1998) to test individuals motives to become volunteer through Functional Theory approach. The result showed a significant difference between male and female volunteers in terms of value-for-participation (t = 2.06, p <0.05), and understanding (t = 2.24, p <0.05). Further, this study shows that career motives, social, values, understanding, enhancement and protection, are factors that contribute to volunteer satisfaction (t = 2.73, p < 0.05). However, aspects of value is the main motivating factor that most contributes to volunteer satisfaction The findings of this study are beneficial in improving the understanding of volunteers motivation.
关键词:Sukarelawan; Motif penglibatan; Kepuasan diri; Volunteer Function Inventory (VFI)
其他关键词:Volunteer; Motives; Volunteering; Self-satisfaction; Volunteer Function Inventory (VFI)